Monday, September 5, 2011

Segalanya di Hati.....

Assalamualaikum semua....


Aku kembali lagi :) Maafkan aku sebab lama tak jengok ko blog. Kitorang tengah sambut raya sekarang. Lepas sebulan berpuasa, Alhamdulillah jumpa lagi raya tahun ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. :)


Hari ni aku saja2 nak bercakap dengan ko. Mungkin tak ramai dh bukak blog aku, sebab cerita macam sama je. Aku  tau aku ni seorang yang membosankan, tapi ni la diri aku. Kenali diri aku seadanya, aku tak ada apa2 keistimewaan. Aku cuma insan biasa yang cuma punya hati dan perasaan :) Pertama sekali aku mintak maaf awal2 kalau apa yang aku tulis sebelum ni ada buat orang2 yg terdekat dengan aku sakit hati atau terasa. Aku tak terniat nak buat mcm tu. Kat sini semuanya luahan hati aku, luahan yang tak mampu aku nak keluarkan. Ni je cara aku selain meluahkan kat si dia.


Hmm...blog, hari ni aku tak tau la nak rasa apa. G macam tak de mood, dia macam tengah simpan sesuatu dalam hati (aku tengok fb dia). Emm..bila G macam tu, aku tau si dia risau. Huhuhu..risau plak tengok G n si dia mcm tu. Aku tak nak apa2 berlaku antara si dia dan G.


Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku cerita pasal aku dulu k :) sabar2.jap je.ehehe


Blog...kebelakangan ni kan, aku selalu sangat tak sedap hati, sampaikan si dia pun cakap dah selalu sangat. Aku tak suke la mcm ni, adoi. Emm..aku tak sedap hati pun mungkin sebab aku rindu kat si dia, sminggu berjauhan huhuh..Tak patut aku macam tu kan blog. Buat si dia risau je. ish3....aku ni..adoi. Aku tak nak si dia sentiasa risau, aku nak si dia sentiasa happy. Maafkan aku sayang.


Untuk si dia, sayang......maafkan aku untuk segalanya. Lepas ni aku cuba untuk tak rasa macam tu lagi. Cukup2 lah. Aku akan buat kau happy balik, tak de risau2. Aku nak kau pun sama k, kita sama2 usahakan semua ni. Bukan setakat kau dan aku je, tapi G jugak. Aku cuba kuatkan semangat untuk tempuhi semua dugaan. Aku tetap akan disisi...susah atau senang. Sayang, tolong...jangan fikir yang bukan2 k, tolong....jangan menjauh, tolong....sayangi aku seperti kebiasaannya, tolong.....sama2 kita berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Kita cuma manusia sayang, tak lepas dari mmbuat silap. Apa2 yang terjadi, terus-terang adalah yang terbaik. Mungkin aku tak boleh nak luuahkan berdepan, tapi baca la semuanya kat blog ni. Aku luahkan kat sini.


Aku tau soal jodoh bukan di tangan kita. Kita hanya manusia biasa yang mempunyai terlalu banyak kekurangan. Kita hanya merancang, berusaha, berdoa dan tawakkal. Selalu sangat dah aku cakap hal ni, adoi. ok2.. Niat atau tujuan aku tulis semua ni, atau apa2 yang aku cakap sebelum ni, bukan untuk menyekat, melarang, atau mengikat. Itu cuma nasihat dari aku untuk kamu, orang yang aku paling sayang, selepas keluarga aku. Maafkan aku kalau kau terasa atau kecik hati. Mungkin kamu juga mempunyai kesulitan, percaya pada aku, ceritakan kepada aku, aku cuba untuk jadi pendengar, pemberi semangat kepada kamu. Aku tak akan biarkan kamu sendiri lagi. Maafkan aku juga kalau kamu banyak terseksa kerana aku. Kamu juga manusia.


Hmm...aku rasa aku dah banyak sangat merapu. Aku tak nak dah sakitkan hati orang, terutamanya hati si dia. Cukuplah dengan apa yg pernah terjadi. Jadikan pengajaran. Aku bukan menyerahkan segalanya kepada kamu, kerana aku tahu semuanya milik Allah. Aku cuma ada sekeping hati yang mempunyai ruangan kosong untuk kau isi dengan kasih sayang. Aku buka hati ni untuk kamu, hanya kamu. Dekatkan aku dihati kamu, aku akan jaga seeloknya selagi hayat aku ada.


Dia...You...Si Dia...Awak...Sayang...Kamu....semuanya panggilan untuk kamu, hanya seorang... Abdul Khalid. Satu nama yang cukup bererti, pemberi semangat kepada aku. Maafkan aku sekiranya aku terlampau berterus terang mengenai kamu di dalam blog.


Kepada Miss N.....aku tau kamu menempuhi masa yang sukar dahulu. Aku faham perasaan yang kamu lalui, kehilangan insan yang tersayang. Aku juga pernah melaluinya. Aku tau, sukar untuk kamu berdiri semula dari semua yang dah terjadi. Kuatkan semangat. Jika mampu untuk kita perbetulkan semuanya, kita masih boleh berkawan :) percayalah, dahulu aku ikhlas untuk berkawan dengan kamu. Mungkin keadaan yang tidak membenarkan. Percaya juga, tak terniat di hati aku untuk merampas apa yang menjadi milikmu. Apa yang terjadi adalah ketentuan. Maafkan aku jika aku yang bersalah dan aku tidak membenci kamu. Segala yang berlaku kepada kamu atau aku, mungkin ada pengajaran atau hikmah disebaliknya. Bersabarlah dan kuatkan semangat...


Kepada Miss A...aku senang mengenali kamu. Maafkan aku andai kau terasa dengan apa yang aku buat atau tulis. Aku tau apa yang kau rasa, seperti yang aku katakan sebelum ini, aku pernah melaluinya. :) Kamu juga melalui masa yang sukar, masa yang menyakitkan untuk melalui semua ini. Aku juga harap kamu kuat, cekalkan hati dan bersabar. Kamu seperti adik, dan anggaplah aku seperti kakak. Aku sentiasa ada untuk masa senang dan susah :) InsyaAllah....Berdoa untuk yang terbaik di dalam hidup kita. Aku tak pernah membenci kamu, aku senang berkawan dengan kamu.


Kepada Miss G....kamu....aku bersyukur kerana mengenali kamu. Diperkenalkan kepada seseorang yang hampir sama dengan diri aku. Seperti cermin...Terima kasih kerana menerima aku disisi kamu dan si dia. Mungkin segalanya sukar, tapi kamu kuatkan semangat. Aku hargai segalanya, aku sayang kamu selagi hayat aku masih ada. Letakkan juga aku di sisi hati kamu dan si dia, aku akan jaga sebaiknya. Tolong jangan bersedih lagi, bila kamu sedih, si dia juga begitu, begitu juga aku. Kuatkan semangat untuk menempuhi semuanya dalam hidup kamu. Cekalkan hati. Bila terasa lemah, ada si dia dan aku untuk membantu. Yang paling penting, Tuhan....Dia sentiasa ada bersama kamu. Jika perlukan bahu untuk menangis, jika perlukan teman untuk masa2 suka...si dia dan aku sentiasa ada. Tolong...jangan pergi. Sejauh ini kita melangkah, sukar untuk berundur kembali atau berhenti. Aku perlukan kamu. Maafkan aku sekiranya kamu pernah terasa hati kerana aku.


Sekali lagi kepada si dia...bersyukur kerana mengenali kamu. Bukan tujuan aku menganggap kamu seperti malaikat, kerana kita manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan dan banyak kekurangan. Adanya aku di sisi, dan adanya G di sisi untuk membantu kamu mengharungi hidup yang sementara di dunia. Aku juga akan sentiasa ada untuk kamu di masa susah dan senang, sentiasa ingat yang aku sayang kamu kerana diri kamu. Maafkan aku kiranya aku terlalu banyak membuat kau terasa di hati. Aku juga cuma manusia biasa. Aku cuba perbetulkan semuanya. Seperti G, aku juga sayang kamu dan jangan pergi. Kerana kita dah melangkah sejauh ini, pertahankan semua ini dari bermacam2 cubaan dan dugaan. Jangan berhenti melangkah ke hadapan bersama aku dan G. Aku hargai kehadiran kamu dalam hidup aku. Cubaan, dugaan dan apa yang pernah terjadi sebelum ini, jadikan pengajaran yang berguna. Kuatkan semangat, cekalkan hati. Pengalaman mematangkan diri kita. Pengalaman juga banyak mengajar kita. Aku ingin kau gembira bersama aku, dan bersama G. Sama2 kita usaha untuk apa yang telah kita usahakan selama ini, untuk yg terbaik.


Sekali lagi...maafkan aku terlanjur kata di dalam luahan ini. Berterus terang lebih baik bagi aku daripada aku memendam perasaan, daripada aku menipu diri sendiri dan orang lain. Ketika ini mungkin aku menangis, mungkin esok aku gembira, sekurang-kurangnya aku rasa lega lepas luah semua ni. Maafkan aku jugak kalau aku banyak merapau atau ada yang tak faham dengan apa yang aku tulis. Soal hati dan perasaan, memang amat berat dan misteri. Segalanya sulit untuk difahami, sukar untuk cekal, hanya Allah yang tahu apa di dalamnya. InsyaAllah...aku berharap segalanya menjadi lebih baik lepas ni. Aku manusia yang sentiasa belajar sesuatu yang baru, belajar dari kesilapan lalu, begitu juga kamu semua.


Sehingga kita dipertemukan dalam keadaan yang baik....Jangan lupakan aku. Ingat...susah dan senang, aku sentiasa ada di sisi dan di hati. Tak tau nak cakap apa dah....benar kata orang, kata2 tak cukup untuk mengatakan dan menggambarkan perasaan yang ada,mungkin boleh dilakukan dari perbuatan. Cukuplah...aku tak mahu ada sesiapa lagi yang berkecil hati kerana aku. Maaf untuk semua...Ceriakan hati...kuatkan semangat :)


Assalamualaikum.....Aku cinta & sayang kamu dan kamu sepenuh hati.....


~Khairinna~









Tuesday, August 23, 2011

Aku, Dia, Kamu dan Awak.........

Assalamualaikum.....n hye to all

Lama dah aku tak ada idea punya banyak macam ni. Hari ini tiba2 aku rasa nak tulis sesuatu. Walaupun aku selalu kehilangan kata2, aku cuba jugak untuk luahkan...Boleh kan?

Tujuan aku tulis semua ni bukan nak aibkan sesape, bukan nak bukak pekung di dada atau apa pun, hmm...aku cuma luahkan sesuatu yang aku sendiri tak boleh nak cerita kat org lain. Sebab kadang2 aku kehilangan kata2, jadi mungkin penulisan aku ni boleh membantu sikit.

Korang tau kan, sepanjang aku kat blog ni aku asyik cerita pasal hati dan perasaan. Aku tau korang mesti bosan, n mungkin ada yang tak. Maaf sesangat kalau membosankan, sebab tu je la yg aku tau. Hati dan perasaan....Seperti yang aku bagitau kat facebook aku. Aku tak suka mempunyai 'sense' yang sangat kuat. Tambah2 bila 'sense' tu terjadi betul2. Kalau rasa sikit2 tak pe la kan, ni terlampau kuat. Kalau nak dinilai guna nmbor...'sense' aku ni kadang2 80% betul. haaa, maunye tak kuat mcm tu? adoi2....

Sekarang ni aku melalui satu fasa penyesuaian diri balik dengan keadaan sekeliling. Aku nak aku yang dulu. Sedikit demi sedikit, aku dapat balik, Alhamdulillah. Aku buat untuk aku sendiri dan untuk kebaikan orang sekeliling. InsyaAllah, kalau tak de yang mengganggu, aku mmg mcm ni.

Aku, dia dan dia, semuanya baek2 je. Masih macam dulu. Aku masih sayang dia sama macam aku sayang dia mula2 aku kenal dia, seadanya. Walaupun banyak masalah yang datang, Alhamdulillah aku mampu bertahan. Walaupun kadang2 rasa teramat down, aku bersyukur dengan kekuatan yang diberikan. Tipu kalau aku cakap aku kuat untuk hadapi semuanya, mmg tipu. Semuanya bergantung jugak dengan sekeliling....dan dia. Dia kuat, aku kuat. Dia down, aku cuba kuatkan.

Hidup cuma sekali, aku kena hargai orang2 yang ada bersama dengan aku. Aku tak nak menyesal di kemudian hari.

Hidup berteman pun kena banyak tolak ansur. Masing2 kena faham keadaan masing2. Semuanya tak semudah yang disangkakan. Disebalik kegembiraan ada kesedihan, ada tekanan, ada masalahnya. Manusia tak pernah lepas dari semua tu kan? Sama seperti aku, dia dan dia. Kadang2 keadaan tegang, tapi masih boleh dibawak berbincang. Kalau boleh aku tak nak gaduh2. Aku tak nak dah lalui semua yang dulu aku pernah lalui. Sakit sangat. Tapi kalau dah nak jadi gaduh tu memamng jadi jugak kan? Tak da siapa boleh halang. Cuma aku harap kalau gaduh tu, tak de la sampai teruk sangat. Biar semuanya dalam fikiran yang waras.

Jodoh, pertemuan, perpisahan.....tu semua Allah yang tentukan kan? Kita sebagai manusia cuma merancang. Aku tau semua tu, tapi tak salah kan kalau kita usahakan apa yang kita ada sekarang dan cuba untuk pertahankan semuanya. tak salah kan? Aku cuba untuk gembirakan hati dia, cuba untuk tak buat dia marah or kecewa. Tak semua yang kita boleh kawal dalam hidup ni. Kadang2 ada jugak yang berada di luar kawalan kita. Hmmm.....terpulang la kepada diri kita sendiri, tepuk dada tanya hati dan fikirkan. Apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup kita.

Seperti sekarang....aku tau apa yang sedang berlaku. Aku faham apa yang orang rasa. Trust me, i have been in the worst situation before. Aku tak mampu nak kawal perasaan manusia, untuk menyayangi, untuk mencintai. Aku tak pernah halang siapa2 untuk berkawan. Aku faham.....Aku letakkan kepercayaan. Aku tak tau apa rancangan Dia jadikan semua hal ni berlaku. Mungkin untuk menguji kesabaran hamba2 Nya. Aku pun tak tau. Ya Allah, selagi Kau mampu kuatkan hati aku, kuatkanlah, waraskan pemikiran aku, matangkan tindakan aku, bukakan hati aku untuk hadapi semua ni.

Aku lihat, diam dan dengar......aku di uji. Terima kasih Ya Allah atas semua ujian yang Kau berikan. Hati aku semakin kuat untuk diriMu dan si dia. Semua kekeliruan yang berlaku ada jawapan.

Kepada seseorang di luar sana. Aku faham apa yang kau rasakan, kehilangan, putus harapan. Tapi percayalah, ada yang lebih baik menanti kamu di luar sana. Mungkin sekarang kamu hanya nampak dia, kerana hati kamu hanya membenarkan dia masuk. Berilah peluang kepada yang lain. Jangan tutup hatimu, kerana kita tak tau apa yang akan terjadi di masa hadapan. Jangan terlalu sayangkan seorang manusia hingga melebihi rasa cinta kita kepada Allah dan Rasul. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Ingat, kita ada pegangan, kita ada pedoman. Mungkin aku tak layak untuk menasihati, cuma itu yang termampu untuk aku buat. Seperti juga aku, aku melalui saat2 yang menyakitkan, aku berfikir, dan aku sampai ke tahap ini. Dulu mungkin aku seperti kamu, bermati-matian mencintai seseorang, terlalu sakit untuk aku hadapi semua tu. Bila aku diberikan peluang, aku cuba perbaiki semua yang ada pada diri ni. Terima seadanya, bersyukur dengan apa yang ada. Kalau dulu harapan aku setinggi gunung, aku kurangkan. Aku letakkan harapan setinggi bukit. Sebab?

Supaya orang yang bersama dengan aku sedikit demi sedikit dia boleh buat bukit menjadi seperti gunung yang pernah aku atau dia impikan. Aku inginkan dia mengisi kekosongan aku sebagai manusia, dan mengisi kekosongan aku untuk ke jalan-Nya. Aku tau kau boleh hadapi semua ni, kuatkan hati dan fikiran. Mungkin sekarang masa aku, kita tak pernah tau mungkin dimasa hadapan adalah masa untuk kamu. Walaupun sakit, kita harus teruskan jugak.

Si dia.....yup, dia faham apa yang kamu rasa. Dia cuma inginkan yang terbaik. Supaya kamu tak merasakan kesakitan kerana dia. Mulut kamu mengatakan tidak, tapi tindak balas tubuh badan kamu mengatakan ya. Tubuh badan kita tak kan menipu. Aku tak layak untuk memperkatakan mengenai isi hati si dia, kerana hanya dia sendiri yang mengetahui. Aku cuma memerhatikan dan mentafsir apa yang aku lihat, dengar dan rasa. Maaf kalau apa yang aku tafsir kebetulan betul. Aku tau kedua2 nya melalui masa yang sukar, begitu juga aku. Terpulang kepada diri kita bagaimana untuk tangani semua tu kan.

Tolong...bangun balik dari jatuh. Senyum balik dari kesedihan. Aku tau kau boleh, aku tau kau mampu. Aku sayangkan persahabatan kita. Please be ok dear.

Kepada si dia.....aku tau kau juga merasakan kesusahannya, tapi be strong sayang. Aku sentiasa ada di sini untuk kamu, susah atau senang. Belajar dari apa yang telah terjadi. Mungkin ada kekosongan dalam hatimu yang aku terlepas pandang yang aku tak mampu nak isi hinggakan semua ni terjadi. Tapi aku akan cuba isi balik aku akan usahakan. Aku masih seperti dulu, masih sayang dan menerima kamu seadanya diri kamu. Aku harap kamu juga begitu, masih menerima aku seadanya diri aku. Slowly aku cuba perbaiki kekurangan yang ada pada diri aku. Bantu aku.....bagi tau aku sekiranya ada kekurangan bagi tau aku juga sekiranya ada yang terlebih. You can share everything with me...Semoga semuanya mematangkan diri kita. Aku cuba bantu setakat yang boleh. I will always be right beside you. InsyaAllah.

Maafkan aku sekiranya aku terlalu lancang berkata2. Aku cuma meluahkan apa yang aku tak mampu luahkan semasa bercakap. Selebihnya, apa yang ada dalam hati ni, biar Allah yang melihat dan mendengar. Aku tak ada kekuatan untuk meluahkan yang selebihnya. Maaf kalau ada perkara yang aku tertinggal nak bagi tau. Sekali lagi aku kehilangan kata-kata. Hmmm...manusia...

Aku sayangkan si dia dan G........aku tak kan pernah lupa 2 orang yang sentiasa beri kekuatan pada aku. Aku juga sayangkan persahabatan dengan awak. Please be ok....Everything's gonna be okay.

Sekali lagi...kita sebagai manusia hanya mampu merancang, berdoa, berusaha dan tawakal. Segala apa yang terjadi hanya Dia yang Maha Mengetahui. Berikan aku kekuatan untuk hadapi hari2 seterusnya...InsyaAllah, Amin....

Assalamualaikum.......Smile again :)

~Khairinna~

Sunday, August 21, 2011

August....Fasting....Observing :)

Assalamualaikum....n hye there :)

Lama dah aku tak jengok korang kan? Maaf yang amat. Banyak benda yang aku buat sampai semua idea2 terlepas. Bukan tak nak update, cuma....kehilangan kata2 je :)

Selama aku tak de, korang baek2 je kan? Bagus la macam tu. Tapi selama aku tak bukak blog, macam2 yang jadi kat aku. Hehehe..macam biasa la kan, jiwa kacau. Tak de niat aku nak jiwa kacau sentiasa. Tapi......keadaan sekeliling mempengaruhi.

Apa yang aku nak cerita kat korang tadi ek? Hmmm...slowly ingat balik.

Ni la yang aku tak suka sesangat. Bila nak bagitau korang, aku kehilangan kata2. Sangat la amat tak suka. Huh!!!!!...Kalau la korang bleh belah dada, belah kepala aku ni, tengok satu2 apa yang aku nak bagitau, hah kan senang. Adoyai. Punye la payah meno.....Betul, aku kehilangan kata2......... =_='

Ok, kalau nak dikaitkan dengan tajuk blog. wokeyh...Semua tau bulan ni, Ogos, bulan puasa kan. Bulan Ramadhan yang mulia, heheh. Semua umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa selama sebulan. Diam tak diam dah 20 hari kita berpuasa (+/-) hahaha *faham2 la ek. Tapi dalam 20 hari puasa tu, macam2 jugak dugaan, cobaan, masalah yang aku hadapi. Tak kira la psl diri sendiri ke, emosi ke, orang lain ke. Memang hebat bulan puasa ni kan. Bukan bulan puasa pun tak kurang hebatnye.

Terpulang la pada kita mcm mana nak hadapi semua dugaan tu. :)

Pasal observing plak..hadoih, hahahaha....entah sejak bila la aku jadi pemerhati nih kan. Terok3..tak de la perhatikan apa pun.. Saja2 perhatikan gelagat org sekeliling. Seperti yang aku cakap sebelum ni, lihat, diam, dengar....Kadang2 boleh tersenyum sorang2, kadang2 boleh jugak tiba2 emosi, kadang2 boleh jugak buat sampai aku terdiam. Hahahaha...mcm psycho dah aku ni kan.Adoyai... Tak pe.....lihat, diam dan dengar...best :)

Aaaaaaa......aku tak tau dah nak taip apa ni. Halamak...ah. dh la ek...cukup sampai disini. Lain kali aku update plak. hesh, aku dah kekurangan kata2 semenjak dua menjak ni. Sabar3...

Assalamualaikum

Wednesday, July 27, 2011

Hanya Kau yang Mengerti :'(

Assalamualaikum........

12:46a.m.

Ya Allah, dugaan apa lagi yang Kau berikan kepadaku? Bukan niatku untuk merintih dugaan ini...tetapi ...hmm.Tujuanku menulis, bukan tunduk kepada cinta dunia, tapi sekadar meluahkan rasa berat dihati ini.

Mungkin apa yang aku alami sekarang tak seteruk masalah orang lain, cuma bila berada di dalam situasi aku sekarang, memang amat menyakitkan, bila melibatkan kawan2 dan hubungan peribadi. Kenapa aku mesti memilih antara kawan dan kekasih? Hmmm.....

Satu tamparan cerita yang hebat bagi aku. Kisah lama terbuka kembali setelah sekian lama rasa itu terkubur. Kenapa sekarang? Kenapa mesti di ungkit kembali? Kenapa tak tunggu dan lihat je? Kenapa tak tolong kawan dengan keadaan yang sekarang ni? Kenapa...kenapa...kenapaaaaa

Setiap soalan pasti ada jawapan. Cuma aku tak pasti sama ada aku mampu atau tak untuk hadapi semua tu. Di luah mati mak, ditelan mati bapak? betul ke?hmmm..hentam je la. Kenapa aku nak lepaskan apa yang aku dah usahakan selama ni? Aku terima keadaan aku sekarang ni dengan seadanya. Aku cuba belajar terima dia seadanya.

Tak terniat untuk melawan takdir, cuma sekarang ni, aku perlu usahakan apa yang ada. Bukan terus berserah pada apa yang tak pasti. Tak pasti ke? hmmm.... persoalannya Istikharah tu ihklas atau tak? Ya Allah....bantu aku untuk mencari jawapan yang pasti.

Andai dia memang untukku, kau berilah petunjuk. Andai dia sememangnya bukan jodohku, kau bimbinglah aku untuk menerima semua kenyataan ini.
Aku akan berusaha sehingga yang aku mampu, aku tak mungkin akan menyerah dengan mudah.

Kepada si dia, bantu aku untuk hadapi semua ni. Sehingga sekarang belum terdetik di hati aku untuk berubah. Aku masih tetap sayang dan tetap akan sayang. Maafkan aku jika ada terlanjur kata. Tak terniat untuk menyakiti sesiapa. Apa yang aku nak buat lepas ni, hanya aku dan Dia yang tahu.

Kepada kawan2......maafkan aku andai semuanya terlalu menyakitkan.

Berusaha dan tawakkal...aku berserah kepada-Mu....

01:06a.m,

~VR~

Tuesday, July 12, 2011

Kereyziiii Monday ;)

Haaaa......Assalamualaikum semua

Adoi, aku cakap direct, aku tak boleh tido malam ni. Padahal penat2 aku jog siang tadi. Hampeh... Hahahaha. Kenapa ek? Insomnia? adoi, tamauuuuu...Banyak fikir? ye kot, tapi sekarang kosong semacam je otak nih. Habis la aku macam ni. :'( Tido la mataku sayang...

Haaaa...cop3. Sebelum tu aku nak ce citer sikit. Hihihi. Al-kisaaaaaahhh siang tadi. Ayah aku tanya sesuatu yang buat aku malu memanjang. Uwaaaaa..malu dooooowwwhh walaupun ayah sendiri. Hah? ape yang ayah aku tanye? eheheh, rahsia ;P malu la aku nak bagi tau kat sini. kuang3. Tak pe, korang anggap je la apa2 je soalan yang korang nak, huahuahuahua..

Arrgghh....jap gi aku sambung citer k. Layan movie jap.jeng2 :P Jap eh...

Haaaaaaaaaaaaaaaa.....saya kembali.....huaaarrgghh, perrrghhhh...best giler movie tu. Aku akan tengok dan tengok lagi movie tu sampai puas, huahuahua. Buat aku makin tak leh nak tido.Hahaha..adoyai, macam mana ni?

Tak pe, aku citer pasal aku jog petang tadi nak x? Hihihi, petang tadi aku jog dengan si dia n G :D muah2 heheh, aku happy sangat bila dorang ada. Aku rasa memang agak keterlaluan la aku jog petang tadi. Sebelum 4.30p.m dah aku mula jog. Gila tak gila, fuh. Aku jog dari rumah aku sampai la ke jalan baru kat tanjung batu ni. Bagi orang yang jarang bersukan macam aku ni memang agak gila la trail tu. Tak cukup dengan tu, pukul 5 plak si dia n G sampai join sekali. Peerrghhh...kitorang naik bukit BDA (bukit yang ada UFO atas dia) hahaha :P 2 kali beb. Kaki aku dah kejang turun naik. Penat giler.

Tak cukup kat situ, kitorang sambung plak kat waterfront a.k.a bintulu promenade ngee~ skema nye nama tu kan? kitorang jalan sampai hujung (tak la hujung sangat pun, agak2 setengah waterfront tu) Hehehe, kat situ kitorang snap2 sikit, pastu haaaaaa..kitorang buat sit up. Aku n G buat 20 kali, Cik abang plak buat 20 kali jugak, eh? ehem2 plus 10kali = 30 kali. Hahahaha, kasi buli sama dia, bluuweekk :P  Fuh, mau tak kejang perut sampai rasa lapar.

Mangsa di tempat kejadian.hahaha :P





Eh3...chop3..lupa satu cerita, masa kat waterfront tu, heheh, my laling a.k.a G, dia menocangkan rambut aku yang tengah serabai masa tu. Yippiiiii tantek sangat, thank you G, muah2, maaabeles.Nak lagi len kali, layan dooowwhh orang main2 rambut. Rasa nak tido kat situ jugak.hahaha :P Tak pernah2 orang buat rambut aku macam tu, sekali sekala best gak.Hihi...nak lagi dan lagiiiiii. Nanti aku letak gambar k.

Haaa tantek taaakk?? hihi

Sebut pasal lapar, kitorang singgah la kat mall, nak beli benda yang dihajati, tapi tak jadi sebab benda tu tak de. So ganti la ngan waffle, janji ada CHOCOLATE.. Lega. lepas tu, masa untuk balik rumah, hehehe..

Thank you untuk si dia n G sebab join jog. Thank you sebab gembirakan hari aku. Thank you so much and i love you both so much. Untuk si dia, thank you sebab faham aku, you are my world now :)

Hmm...ok lah, aku ni rasa macam dah hyperactive sangat. Tolong la bagi tau camne aku nak lelapkan mata ni. Ni semua orang dah tido, tinggal aku sorang je lagi ha. Takkan aku nak korek dapur kot cari makanan, hahaha, macam tikus plak dah. Tapi ok gak idea tu kan? Ngahahaha, korek peti sejuk sekejap, ada CHOCOLATE :) wah!!! makan se-bar dua, jadi la. Layan~~~ hihi, jangan jeles.

Ok chow bebeh, kasi hentam sama itu chocolate. Cakap sudah serupa orang gila sudah ni. hahaha...Aku taat pada yang satu :P Good night uolssss...

Assalamualaikum..tata...mmmmmmmmmmmmuuah :*

03:03a.m out~

~VR~

Sunday, July 10, 2011

Sun...day

Assalamualaikum.....and hye

Oho...hari ni Ahad. Sun...day. Hari ni aku tak buat apa2. Just kemas rumah, masak2, jogging, ngadap blog. Hmm...bosan. Tapi tak pe :)

Ok, hari ni aku bangun dengan perasaan yang tak tenang. Hmm..macam la minggu ni hati aku tenang kan? Memang seminggu ni tak tenang pun. Tak tau la nape. Biarlah...dengan mood yang tak berapa nak elok aku elok2 kan jugak. Pergi dapur, barang2 semua dah ada, aku siap sedia la nak masak dengan kadar yang segera. Di bantu oleh adik beradik aku.

Masa kat dapur tu la mood aku makin menjadi2 tak eloknye. Aku orang yang simple je. Nak keje ngan aku, senang, mulut jangan banyak bunyi. Kalau banyak bunyi, adoyai...pening nak dengar orang bebel je memanjang. Tekanan perasaan betol. Tak pe, sabar je la kan, bukan orang lain pun. Dengar je la, diam.

Lepas dah siap semua tu aku pegi la rehat2 sementara tunggu masa nak pegi jogging. Kisah aku pegi jogging plak, aku biasanya jog kat jalan Tanjung Batu..siapa2 yang tinggal kat kawasan bintulu tu tau la kan.heheh. Aku jog pun semata2 nak ambik angin luar, disamping aku nak tenangkan perasaan yang kacau bilau, biar aku penatkan diri, sambil2 tu nak sihatkan diri gak.

Dalam masa aku jog tu, dapatla aku tenangkan perasaan sikit. Tengok pemandangan laut. Tenang sangat. Aku boleh lupakan sekejap semua yang aku rasa, semua perasaan yang tak tenang. Korang pun bleh try tau. Selain daripada buat cupcake aku tu, aku pegi jog untuk tenangkan perasaan. Terpulang pada masing2 la ek.
Hmm..aku tak nak cakap banyak la. Kang merapu plak. Lepas ni, aku letak gambar2 yang aku snap masa aku jog dalam minggu ni. Enjoy k :)

Hehehe...adik aku ;P



Ni pun adik aku jugak ;P





Hmm..sorrow kan? :'(


~VR~

Saturday, July 9, 2011

Nonsense Morning....

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...

09:17a.m.
Aku baru bangun. Eh? bukan2. Aku baru keluar dari bilik aku, aku tak tido pun mlm tadi. Hmmm....again benda ni jadi. Kenapa ek? Teramatla tak suka.

Aku banyak berfikir kot. Haish, tak habis2 nak berfikir. My dear brain, please slow down.

Emm...pagi ni aku tak tau nak buat apa. Semua kerja setel, sebab adik beradik aku dah buat semua. So...kerja aku hari ni, masak je la. Ok. Now, aku ngadap bumble bee tersayang aku ni. Setia pada aku sorang, aku pun setia pada bumble bee je, hehe... Facebook? hahaha...dah menjadi sejarah. Aku tak on dah. On pun setakat cek page cupcake aku yang tersayang tu. :) Nak cari aku? Handphone ada, blog ada, kalau sudi :P

Haish aku ni...memang bunyi macam merajuk kan? Fuh....~ aku merajuk la ni ngan facebook.hahahaha.

Sampai bila la aku nak fikir sangat pasal orang kan? Asyik fikir pasal orang je aku ni, sampai tak ingat pasal diri sendiri. Tu la sikap aku yang tak bleh nak berubah. Nak buat macam mana kan, aku tetap aku. Hahahaha....(macam orang gila dah ha...)

Kalau la korang semua dapat belah dada, bukak...baca hati aku..fuh, tak tau la apa yang korang akan baca dalam hati aku ni kan. Nasib baik tak boleh. Suatu hari nanti tetap akan tau jugak kan, tapi mungkin bukan di didunia. Biarlah apa yang ada dalam hati ni jadi urusan antara aku dan Allah. :)

Hmm....aku dah merapu pagi2 ni. Lagi la sangat tak elok. Ok lah...out3.....

~VR~

Facebook Oh...Facebook...Goodbye...

Assalamualaikum again....

1:10a.m.
Aku masih tak boleh tido. Tiba2 aku terfikir plak nak buat satu lagi entry. Mungkin entry ni agak sensitif kot bagi sesetengah orang. Berkenaan FACEBOOK.....

Sekarang ni orang makan facebook, nak tido pun fcebook dulu jap, gadoh facebook, couple pun dalam facebook, break cerai berai pun ada yang guna facebook. Hebat kan penangan facebook ni? Patut la Mark tu kaya raya je dok rumah goyang kaki.

Hmm...aku buat entry ni bkn nak cakap pasal fakta ke apa. Just nak baggi tau je apa yang aku rasa n apa yang aku alami kat facebook. Aku ni pun dulu pengguna tegar facebook. Tapi lepas beberapa kejadian,dari dulu sampai sekarang, aku jadi tawar hati kat facebook. Kalau tak kerana page cupcake aku tu, lama dah aku DEACTIVATE facebook aku tu.

Aku tau, aku pernah cakap "facebook is just facebook". hmm, kononnya x campo adok ngan kehidupan sebenar la kan. Tapi...tu la, manusia tetap manusia. ignore...ignore...ignore, tak leh gak, last2 memang campo adok gak. Tak de la sampai tak waras, cuma agak terasa la sikit.

Kadang2 apa yang aku tengok kat facebook, tak seperti yang aku harapkan, tak seperti yang aku nak. Kadang2 tu apa yang ada dalam facebook, makan hati la jugak baca. Hahahaha...(macam budak2 kan?) Tak tau la orang perasan ke tak aku rasa macam ni. Dulu pernah la terperasan sekali, tapi....emm....sama je kot aku tengok sekarang ni (uish..memang macam sakit hati nih,adoyai) Tak boleh dibiarkan....The best way, diam dan tengok je :) Ok2...

Memang facebook adalah sekadar facebook, kadang2 tu ada jugak benda serius dalam tu kan? Hmm....maafla kat sapa2 yang kalau ada terasa ngan entry aku ni. Aku cuma luah apa yang aku rasa, sebab kadang2 aku perhatikan je, aku interupt, aku tegur, masih benda yang sama jadi. Ni last cara aku nak luahkan. Tak dapat jugak..aku akan diam dan tengok je lepas ni :)

Adoyai...dah rasa bersalah la plak aku ni. Hmm...LEMAH!!! Maafkan aku, maaf sangat2. Tak de niat nak kecikkan hati sesapa pun, tak de niat nak buat siapa2 terasa, cuma luahan hati aku yang agak resah. Tak pe lah facebook, aku harap ko tenang la lepas ni. Mungkin aku tak kan jengok ko selalu dah, apa nak jadi dalam facebook tu, jadi lah. Aku dah lock apa yang patut, biar aku je post apa yang aku nak, bila2 masa aku nak.

Kali ni keputusan aku muktamad. Aku bukak facebook pun lepas ni untuk jengok page cupcake aku, that's all. Thank you facebook, sebab dulu ko la salah satu peneman masa susah senang aku. Cukup2 la dah....ko pun penat kan. Aku bagi ko rehat yang panjang kali ni. Aku tetap ada, memerhatikan semua.....

01:35a.m.

~THE END~

~VR~

Empty.............I Miss You

Assalamualaikum and hye to all....

11:49p.m.
I'm still out here, sitting at my balcony, alone...starring at the stars, the empty skies. Bertemankan lagu2 dari handphone...layan~ Kadang2 duduk sorang2 macam ni agak tenang jugak, kadang2 banyak berfikir. Macam tadi...baru je tadi, aku terlalu banyak berfikir, terlalu banyak persoalan dalam hati dan dalam fikiran aku. Padahal hampir semuanya dah ada jawapan. Ada la jugak yang belum dapat jawapan, mungkin belum masanya kot. Hmm...nak cakap melayan perasaan tu agak la, tapi tak sangat, hehe ;P Biasala manusia kan, sentiasa berfikir, ada perasaan jugak untuk merasa. Kalau bukan manusia normal, tak de la aku macam ni kan? :)


Malam ni aku tak de la idea sangat. Cuma aku terasa nak buat entry, nak lepak2 ngan blog aku malam ni, nak luah apa je yang terlintas kat dalam kepala ni. Agak lama la jugak kan aku tak mengadu macam ni kat blog aku. Mesti blog aku tertanya2 pasal aku.

Dear blog....
I will never ever forget about you. You want to know why? Because....you're always there. always here whenever i am happy or sad. I tell you everything about my life. If you're not here, I don't know how i'm gonna handle things in my heart. Thank you my dear blog :)

Walaupun tak semua aku luah kat sini, sekurang-kurangnya aku rasa lega lepas luah kat sini. Ada jugak peneman aku masa aku sunyi kan, masa aku perlukan masa sorang2. Aku tau aku ada keluarga, aku ada kawan2 untuk aku luah semuanya, aku ada si dia jugak...tapi tak sama kan?Kadang2 apa yang aku tak boleh nak luah depan dorang, aku boleh luah kat blog ni. Walaupun agak tersirat la ayat dia. Hehehe, seperti biasa la kan, permainan minda dan perasaan.

Nak tau tak aku dengar lagu apa sekarang? Haa...aku tengah dengar lagu Lenka-Blinded by Love. Best lirik dia, korang dengar betul2 lirik dia...Haish, memang melayan perasaan aku malam ni kan. ;)

12:04a.m
Aku masih kat balkoni luar bilik aku. Dengar lagu Bruno Mars-Long Distance plak. Aku tak bleh nak tido sebenarnya. Sebab tadi dah terlelap awal tambah plak banyak berfikir. Memang kombinasi yang sangat bagus lah.

Korang tak tertanya2 ke, kenapa aku suka sangat taip panjang2? Hehehe, agak2 memang ada la jugak tertanya2 kan? Ok lah, aku bagi tau kenapa. Hmmm...bukan aku nak sangat pun taip panjang2, cuma kadang2 masa dan keadaan otak aku tak menentu, ada je idea keluar membuak2. Macam sekarang ni la. Lagipun dulu, aku memang suka menulis, kalau korang tengok kat facebook aku pun kat bahagian NOTES, memang banyak yang aku dah taip. Ada jugak yang aku dah delete. Kebanyakannya pasal pengalaman hidup aku, kat mana aku masa tu, luahan hati aku, kadang2 tu poem...

Nak cakap aku ni minah jiwang, hmm...mustahil la kat hati sanubari setiap manusia tak de tersentuh langsung kan? Bezanya cuma macam mana manusia kawal perasaan dorang. Macam aku cakap sebelum ni kan, medium untuk meluah sangat la bnyak. Untuk aku, ni la salah satu cara aku. Korang pun boleh buat benda yang sama. Terpulang kepada diri masing2 je. :)

Aiyark..lagu Maher Zain plak dah :) Always Be There...Alhamdulillah, dalam jiwa kacau aku, aku masih sedar ada Dia sentiasa bersama kita. Dia sentiasa ada untuk kita bila2 masa je susah atau senang. Cuma kita je sebagai manusia tak sedar semua tu. Betul tak? :) Yup...manusia cepat lupa, termasuklah aku. Aku juga tak sempurna. Kadang2 aku leka, lalai dalam dunia aku sendiri. Entah bila nak berubah pun aku tak tau :P heheh. Terasa la jugak bila mengenang diri ni tersangat la kosong, macam tak ada arah tujuan, macam masih tercari2. Salah diri sendiri jugak, tak ikut apa yang sepatutnya. Hmm....InsyaAllah suatu hari nanti jiwa aku tak kan sekosong macam sekarang ni. InsyaAllah aku cuba perlahan2 untuk berubah untuk jadi diri aku yang lebih baik.

:'(

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku ada segalanya, tapi aku juga manusia biasa. Aku masih perlukan kasih sayang dari orang2 yang aku sayang kat sekeliling aku. Apa yang aku dapat selama ni bukannya tak cukup, memang cukup, lengkap. Tapi.....dalam hati, terasa kosong.

Aku masih ada mak, ayah, adik beradik, kawan2 dan si dia, tapi......masih ada sikit ruang yang macam tak terisi lagi. Ya Allah...tunjukkanlah kepadaku jalan menuju Rahmat-Mu. Aku rindu..................................... Betul kan apa yang orang bagi tau selama ni? Kerinduan kepada manusia datang dan pergi, tapi bila rindu pada Pencipta......Subhanallah....terasa ada satu perasaan yang sangat kosong jauh di dalam hati.

Manusia...hmm....dah lah, rasa nak nangis dah plak. Cukup lah. Dalam sedar tak sedar, memang masih banyak kekurangan pada diri aku.

Ya Allah...aku rindu....Aku rindu si dia...Aku rindu kepada-Mu....
Ya Allah..hanya Kau yang tahu apa yang tersurat dan tersirat di dalam hatiku selama ini. Maafkan aku kerana terlalu lalai, maafkan aku kerana mengabaikan apa yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah...jika ini caraMu untuk menyedarkan aku, bantulah aku, tunjukkanlah kepadaku jalanMu.





Ya Allah........................................

12:56a.m :'(
~VR~

Monday, July 4, 2011

Cubaan dan Dugaan

Assalamualaikum....and hye there...

Lama aku cari ayat nak sambung balik cerita aku yang lepas. Tapi tak jumpa2 ayat yang sesuai. Jadi aku ambek keputusan untuk cari plak cerita lain untuk aku story kat korang. Korang tak kisah kan? Kalau tak kisah, ok la. Kalau kisah, maaf sangat2 la ye :)

Kali ni aku story je ape yang terlintas kat kepala otak aku ni.

Aku terperasan semenjak kebelakangan ni aku banyak emosi. Aku tau, mungkin orang sekeliling muak dengan keadaan aku yang selalu sangat emosi macam ni. Tapi nak buat macam mana kan, terlampau banyak berfikir, terlampau banyak gangguan. Aku tau banyak lagi orang yang ada masalah lebih teruk dari aku. Hmmm...nak cakap aku emosi sebab ada masalah, tak la jugak, hehe...cuma gangguan fikiran sikit2 je.

Sekarang ni aku bahagia dengan hidup aku. Dengan family, dgn si dia, n dgn G. Aku bersyukur si dia n G ada masa aku susah n senang.Korang mungkin masih tertanya2 apa sebenarnya cerita disebalik aku, si dia n G. Si dia dan G sangat2 special bagi aku. Walaupun orang kutuk aku macam2, cuma aku yang tau apa kata hati aku.



Seseorang pernah bagi tau aku...."kenapa ko bodoh sangat nak kat laki tu sdangkan ko tau dia ada rasa sayang kat org lain jugak?", "ko ni macam dah tak ada laki lain dah ke kat dunia ni sampai ko sanggup kongsi kasih?", "apa yang ada pada dia sampai ko sanggup buat macam ni?", "aku tak nak ko kene main ngan laki tu"....ni la antara kata2 dari seseorang untuk aku dulu. Kata2 dari seorang lelaki kepada aku seorang perempuan. Hmmm....


Orang cakap aku bodoh ke apa, tak pe, aku terima walaupaun agak down, apa yang terjadi, cuma aku, si dia, G n Yang Maha Mengetahui je tau. Apa yang aku rasa cuma aku dan Allah S.W.T je yang tau. Cukup kan? :) Tak perlu orang lain untuk masuk campur dan buat keputusan untuk aku.

Memang orang akan fikir benda ni GILA, BODOH.....tapi seperti orang lain fikir jugak, soal hati dan perasaan memang tak boleh nak jangka, tak boleh nak dibaca dengan mudah. Soal hati dan perasaan memang sesuatu yang misteri Allah kurniakan kepada manusia. Terpulang kepada manusia untuk mengawal perasaan masing2. Soal jodoh pun kita tak boeh nak tolak kan, tak boleh jugak untuk dipertikaikan. Semuanya kerja Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang dan jalankan apa yang patut untuk berusaha kekalkan apa yang ada.

Tipu kalau aku cakap aku tak terluka atau tak ada effect apa2 pun masa mula2 semua ni terjadi. Aku cuma manusia biasa dan tetap manusia biasa hingga akhir zaman. Dalam banyak2 lelaki, aku cuma tengok si dia, dalam banyak2 orang, aku cuma pilih si dia. Setelah sekian lama aku tutup hati aku untuk ada apa2 hubungan dengan mana2 lelaki, tapi dengan si dia, aku boleh lembutkan hati aku untuk biarkan dia masuk dalam hidup aku. Aku tak tau kenapa atau macam mana aku boleh tertarik dengan si dia. Korang nak cakap aku tertarik dengan rupa si dia? hmmm...aku mengaku si dia memang ada rupa yang boleh tarik perhatian wanita lain, cuma bukan tu yang aku tengok pada si dia. Bukan itu yang buat aku tertarik..


Mula2 memang agak sakit untuk aku terima. Pernah jugak terfikir untuk berundur. Tapi bila difikir2 kan balik, aku dah lalui macam2 untuk sayangi si dia, apa2 yang si dia buat, aku terima....apa yang si dia lalui aku cuba untuk ada untuk dia tak kira masa susah dan senang. Sebab aku tau, dia cuba untuk jadi diri dia sendiri setelah sekian lama dia jadi orang lain untuk senangkan hati orang lain. Dari pertama kali aku kenal dia, aku dah set dengan sapa2 pun aku berkawan aku terima orang tu seadanya diri dia. Baik buruk diri dia, itu adalah diri dia yang sebenar. Lebih baik terima diri dia yang sebenar daripada terima orang yang hidup berpura2. Betul kan? Untuk tengok dia dan G happy, jadi apa salahnya aku kongsi rasa happy. Tak salah kan?

Aku fikir2 balik, soal jodoh semuanya di tangan Tuhan, aku terima semuanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas :) Aku beruntung mengenali si dia dan G. We are bestfriend and more..we are couple :) Bak kata si dia, tripod :P saling memerlukan antara satu sama lain. Sorang terluka, yang lain akan terasa.

Bercakap pulak soal hati dan perasaan, hati perempuan sememangnya lembut. Sekuat mana pun sorang perempuan tu, akan lemah jugak bila sampai soal hati. Tapi ingat, perempuan jugak boleh jadi kuat sebab hal tu. Soal cemburu ke, kecik hati ke, tu biasa la kan. Lelaki ke, perempuan ke, sama je. Kadang2 boleh cemburu jugak. Cuma cemburu tu masih boleh dikawal, tak sampai kepada perasaan untuk membenci. Bila ada apa2 hal, semuanya kitorang bawak berbincang.

Apa yang aku bagi tau kat atas ni tadi, aku tau G pun ada rasa yang sama. Terluka, kemudian menerima dan kemudian happy dengan apa yang ada. Betul tak G? :D

Hmm... 3:06p.m kat sini hujan, macam tau2 je kan hati aku pun tengah menangis.... :) tak pe hujan, ko wakilkan aku k, hihi.



Orang nak cakap apa pun tentang kami, cakap lah. Kami tak ganggu orang lain. Kami dengan hidup kami sendiri. Kami bahagia sekarang, jadi orang lain tak boleh nak kata apa, just diam dan tengok je k :)

Apa yang aku cerita ni mungkin tak seteruk dari masalah orang lain, tapi cukupla setakat ni aku nak story kat korang. Yang selebihnya, biar aku simpan sendiri :) Kepada orang2 yang cuba racun fikiran aku atau si dia atau G, tolongla berhenti buat semua tu. Get your own life. Yang lepas biarkan lepas, tak guna dah nak ingat2. Go on n be happy.

Aku bahagia sekarang, dan aku tak de fikirkan yang lain lagi. cuma si dia dalam hati ni.Begitu jugak dengan G.



Hmmm..panjang la plak cerita aku kan? Maaf la ye, tengah jiwa kacau, biasa la macam ni :) Harap korang enjoy ngan cerita aku ni. Lain masa aku sambung lagi. Maaf jugak kalau aku ni sentiasa buat entry yg sedih2. Okay lah, cukup....bye for now...

~VR~ with love...


Monday, June 20, 2011

Assalamualaikum & Hye to all...

It's been a while since my last entry right? :) Here we go again....the same place in my blog. There's so much i want to tell all of you guys. Happy and sad stories....

Sepeninggalan aku tak buat entry ni kan, apa yg korang buat? haaaa...mengata blog aku eh? hahah..tak de la, gurau je. jgn marah, nanti kena jual. ;P ok. korang nak tau happy story dulu ke,sad story dulu? ......
Hmm..aku rasa kan, cerita aku ni nanti memang campo2, ape2 je la mula dulu kan, hehe, asal tak pening bila baca. ok..

There's lots n lots of thing that i want to tell..okay one by one. Where to start hmmm....first of all i just want to say that i am happy with my life now. No regret at all. Maaf la kalau aku guna bahasa campo2. Aku cerita ni pun ikut bahasa keselesaan aku. Takpe kan?

Hah? sebab aku happy? nak cakap gembira sangat tu tak la, cuma lebih kepada rasa bersyukur sebab aku mengenali orang2 yang amat aku hargai, orang yang aku sayang, kawan baik yg setia....Aku tak tau nak gambarkan macam mana perasaan aku. Banyak ujian yang datang tapi mereka semua masih ada dekat dengan aku. Semua masih tetap ada disisi.

Serius..masa nak buat enrty ni pun aku boleh lagi tersenyum sorang2,terdiam, termenung sekejap. Adoi...memang aku tak jangka semua akan jadi macam ni. Aku bersyukur sangat dorang masih ada untuk beri aku kekuatan yang pernah suatu ketika dulu hampir2 hilang. Aaaaaa..kalau boleh aku nak pelok sorang2 tak nak lepas.ahaha. Ooopps tettt..no no no ;P

Mungkin semua ni terjadi berkat kesabaran dari semua pihak, seperti yang kita tau kan, kita hanya merancang, ketentuan hanya pada-Nya.

Seperti yang korang tau sebelum ni aku dah cerita pasal si dia. Korang tertunggu2 ke aku reveal siapa si dia? hahahaha..hmm, nak reveal ke tak eh? nanti2 la keyh, tanya tuan punya badan dulu, baru boleh. Tunggguuu sekali lagi ;P Si dia tetap dia tak pernah berubah :) Bertambah lagi sorang pun, si dia tetap dia.

Hah?lagi sorang? Haaaa..terkejut. hihi...Aku, Dia dan Kamu. Ni betul2 terjadi. Mungkin ni pertama kali korang dengar sorang lelaki boleh couple dengan 2 org wanita kan? Kalau kawen pernah la dengar, ni baru couple.jeng3...surpriseeee!!! :D Aku cakap betul2 ni, aku tak main2, kenyataan...Aku pun tak jangka boleh jadi macam ni. Tapi tak de benda yang mustahil kat dunia ni kan? Masing2 boleh terima, boleh tolak ansur, tak kan jadi masalah. Kalau ada masalah, sama2 selesaikan..Demokrasi beb, diplomasi..ahaha bluweekk :P

Nak tau pasal yang sorang lagi? Emm..camne aku nak bahasakan dia ek? ok lah, aku bahasakan dia G, ok? Deal :) hhehe..G...aku kenal dia melalui si dia jugak. Si dia kenal G sbebelum dia kenal aku. Ok tu tak penting :P G sorang yang sangat menyenangkan, dia cantek (wink2), si dia selesa bila dengan G, apa yang si dia bagitau, antara aku dan G, sama tapi tak serupa emm berbeza tapi sama. Maksudnya kitorang perangai agak sama, masing2 boleh faham diri masing2, rasa macam kembar ada gak. huahuahua..sampaikan aku pernah bagitau si dia, "rasa macam cakap ngan cermin la sayang" hahahaha..lawak la plak. memang aku selesa sangat dengan G. Dia dah macam kakak aku, bestfriend, orang yang aku sayang (psst2~ tak lupe jugak kat bestfriend aku yang sorang lagi deng2) dan orang yang menyayangi lelaki yang sama dengan aku.

Mula2 memang agak sakit nak terima, tapi bila fikir2 balik, why not kan? sedangkan yang dah berumah tangga pun boleh, ni baru couple, kita rancang je kan. Kalau ada jodoh Alhamdulillah, semoga hubungan kitorang lagi kuat, kalau antara aku dan G tak de jodoh dengan si dia, atau dua2 tak de jodoh, aku terima dengan redha dan aku bersyukur sebab diberi kesempatan mcm ni..Ehem2, ok dah, cukup2.hahah..InsyaAllah tak de pape selagi masing2 boleh faham, tolak ansur n dalam hati ada cinta..hihi ;)

Aku tau mula2 terjadi semua ni pun G memang susah nak terima, sakit....mungkin jugak dia hampir2 pergi. Aku faham perasaan sorang perempuan, siapa la yang sanggup berkongsi, huhuhu... Hmm....lepas tu aku tak tau macam mana G boleh ada kekuatan nak berkongsi. Hehehe..baek punyeee. Kalau dia pergi, aku tak tau la macam mana ngan si dia, aku tau si dia sayang G :) Nasib baik la G datang balik. Slow2 G, aku dan si dia cuba balance kan semua ni. Just go with the flow. Macam2 yang kitorang hadapi, orang dengki, cuba nak jatuhkan kitorang bertiga. Mungkin disebabkan kekuatan yang kitorang ada, masing2 saling memerlukan, tiga2 masih ada sampai la sekarang. Alhamdulillah :)

Aku sayang si dia, aku sayang G seikhlas hati aku. Aku terima semua ni sebagai ketentuan dari Dia. Apa yang akan terjadi di masa hadapan, biar Dia yang uruskan. Betol tak? Bila fikir2 balik semua ni, aku kerap tersenyum sorang2. Kadang2 rasa nak menangis pun ada. Menangis sebab gembira ok. :) Aku bersyukur pada Dia sebab beri aku kesempatan rasa semua ni, aku bersyukur sbb si dia hadir dalam hidup aku dan dalam hidup G.

Hmm..aku rasa aku dah cakap merapu. Cukup la sampai sini dulu. Esok2 sambung lagi. Banyak lagi yang aku nak cerita, yang aku nak kongsi kat korang semua. Tunggu keyh :) Aku pasti cerita...okay lah...

Assalamualaikum, selamat malam semua. Selamat malam sayang, selamat malam G.....

~VR~ with love

Wednesday, May 11, 2011

Aku, Dia dan Kamu......

Assalamulaikum n hye to all......

Jumpe lagi kita ek...hehe. Tak tau la, hari ni aku banyak kelapangan la plak, n bnyak bnda nak bagi tau.

Malam2 macam ni korang buat ape ek? tngok tv? koling2 ngan pakwe/makwe? sms? kluar dgn kawan2? tengok wayang? dok rumah? tido? hehehe...macam2 boleh buat malam2 macam ni kan.



Hmm..aku baru tertengok 1 drama melayu dalam tv tadi. Murah sangat dah nilai talak kan? murah sangat dah nilai sayang. Hehehe, tau tu drama je, tapi realiti pun memang berlaku jugak. Kalau dah tak suka, buat pe nikah? Saja suka2 nak main cerai2 ke? sebab dah ada org lain yang lagi vouge dari yang lama? amboih2...sesedap rasa je kan..Kalau dah tak suka jugak, nape nak cakap sayang? Saja suka2 nak buat hati orang sakit? amboih2....siku kang!!! (awan dania) Kejam kan manusia sekarang?

Manusia memang tak ada yang sempurna. Tapi untuk manusia mencapai kesempurnaan dalam erti kata pemahaman masing2, manusia kena banyak berdoa dan berusaha. Kalau tak, sampai bila2 la tak kan dapat apa2. Satu lagi, kalau dah tak dapat apa2 tu jangan plak putus asa, teruskan usaha dan doa. Kalau rasa semua tu sia2, teruskan je la hidup macam biasa. Kita hidup hanya sekali. Allah tak kan hidupkan seorang manusia untuk manusia tu sia2kan hidup dia. Semuanya ada sebab.

Pasal sayang.....berhati2 dalam soal hati dan perasaan. Kerana hati dan perasaan juga boleh membunuh. Ni aku cakap basic je k berdasarkan pengalaman aku jugak. Hmm...bila hati dah sayang, semua yang ada depan mata kita buat2 tak nampak. Tapi bila dah tak suka, tengok muka pun tak nak. Kerana hati dan perasaan manusia boleh jadi gila, hilang pedoman. Aku sentiasa teringat si dia cakap, bersederhana dalam setiap apa yang kita buat.

Memang betul, bersederhana + doa + usaha = best result. Hati dan perasaan jugak tak boleh dipaksa. Aku pernah hilang rasa sayang kat orang entah la untuk berapa lama. Tapi memang susah untuk aku terima orang lain. Aku takut hati aku sakit balik macam dulu, dituduh tanpa sebab, macam2 lagi la. Sejak daripada tu, aku kurang keyakinan diri, diam, murung.....

Tapi bila sampai suatu masa, tiba2 si dia muncul. Entah dari mana muncul pun aku tak tau. Mula2 kenal, memang niat cuma sekadar kawan. Tambah plak aku tau dia dah ada seseorang, jadi aku cuba bataskan diri jugak. Kawan dan kawan.....sampai satu hari tu, aku rasa ada kelainan bila dia ada dekat dengan aku. Aku selesa bila dia ada, tercari2 bila dia tak ada. Boleh dikatakan aku cuba nak dekati dia, dan aku rasa dia pun sama. Tapi aku nafikan........(tak nak fikir sangat).


Suatu hari.......mungkin masing2 dah tak boleh nak menipu perasaan masing2, semuanya terkeluar hari tu. Huhuhuhuhu..aku bersyukur sangat2 apa yang aku rasa, sama dengan apa yang dia rasa. Cukup la aku cerita sampai sini kan? Sekarang ni aku dan dia masih sama macam dulu :) Masing2 sayang....Aku bersyukur sangat Tuhan bukak hati keras aku ni untuk dia. Dia datang dengan menjadi diri sendiri, aku terima dia sebab dia dalah dia, aku sayang diri dia seadanya bukan paksaan.



Tak lupa jugak pada yang sorang lagi :) Aku tau si dia sayangkan dia jugak. Aku boleh tengok dari cara si dia, dari cara layanan si dia pada dia, aku nampak sayang tu. Cemburu? tipu kalau aku cakap aku tak cemburu, sedangkan para isteri Rasulullah S.A.W pun boleh cemburu. Memang ada sedikit rasa cemburu, tapi.....selagi dia boleh adil, berterus terang dengan aku, aku ok. Tak menjadi masalah pada diri aku. :) (bunyi macam dah kawen jek..hahahah) :P  Aku sayang dia sebab itu adalah diri dia. Luka boleh sembuh, apatah lagi luka dihati kan? Asal kena pada cara dia.

Cukup la aku cerita pasal diri aku. Apa yang aku nak highlight kat sini adalah sikap tolak ansur pada setiap pasangan, memahami, sayang, rindu, cemburu, marah, semuanya kena balance dan sederhana. Barula semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. :)

Maaf kalau apa yang aku tulis ni ada buat hati sapa2 marah atau sakit atau sedih. Tak de niat nak buat macam tu. Aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa, dan luahkan apa yang terpendam walaupun tak semua. Aku mintak maaf banyak2 keyh. :(


Ayat yang si dia selalu guna kalau aku serabut ke apa ke.. " don't worry, everything's gonna be alright, InsyaAllah". thank you sayang for being there in my life, in my heart. Thank you for accepting me for what i am, thank you for loving me, thank you for giving me a chance to love you back. Thank you for everything, everything that i can't express through words. I'll be loving you for the rest of my life, you are precious to me.


Kepada dia....it's nice to know you dear, i am glad it's you. :) Mungkin orang lain akan fikir pelik2. Tapi, biarla apa orang nak cakap, yang tahu cuma kita. Hati dan perasaan memang tak boleh nak jangka kan? It's so special. Apa yang sedang telah jadi, sedang terjadi atau akan terjadi, kita berserah je pada-Nya. Cuma Dia tau apa yang terbaik untuk kita...


Ok lah..cukup sampai sini aku bebel...Mesti pening korang baca kan? Maaf sekali lagi :)

Selamat malam semua, selamat malam sayang, selamat malam dunia. Assalamualaikum....

~VR~ with love.....

Tuesday, May 10, 2011

Hot Day.....Smile....You :)

Assalamualaikum n hye to all.......

Macam mana dengan sambutan Hari Ibu korang? okay tak? rasa2nya ada yang sambut, ada yang tak...kan3. tak pe la, sambut ke tak tu semua tak penting, yang penting, sentiasa sayangi ibu anda :) hargai dia sekarang sebelum terlambat.

Semua sihat kan? Aku pun dah sihat, Alhamdulillah. Cuma selera makan yang masih kurang. Mungkin aku masih belum sembuh sepenuhnya :(

Macam mana dengan aku sekarang? hmm.....

Sekarang aku jalankan kehidupan aku macam biasa, buat cake, cupcake, duduk rumah, facebook, blog......dia. Yup...dia masih ada Alhamdulillah. Bisnes cupcake n cake semakin mendapat sambutan, tapi perlu lebihkan lagi promosi. Duduk rumah, seperti biasa aktiviti aku kemas2, masak, kemas2 lagi, jengok tv, duduk kat luar, fb (rutin harian). facebook...hmmm, macam biasa aku update apa yang patut kat wall n simpan apa yang tak patut. Jarang gak dah nak on fb, kalau on pun hanya sekadar jadi pemerhati :) Best gak tengok komen panjang2 lepas tu baca.hihihi... Blog...seperti biasa, aku update bila2 masa je. Dia.....????


Masih si dia macam yang aku cerita sebelum ni, heheh :D Dia sihat Alhamdulillah, dengan hati yang senang. Aku masih sayang dia sama macam mula2 dulu malah semakin bertambah sayang dari semasa ke semasa. Ape? sakit? kadang2 memang terasa, tapi aku tak anggap negatif sangat semua tu. Aku anggap tu semua sebagai cabaran yang nak uji aku n dia. Perjalanan hidup ni tak selamanya kita akan lalui jalan yang cantik & lurus, kadang2 kita akan terjumpa jugak jalan yang berbelok2, berbatu2, becak, berlubang2, macam tu la jugak hidup kita sebagai manusia. Mungkin ujian tu tersangat la hebat, tapi dengan bersabar n berbincang, semuanya akan baik kan? :)  Seperti yang dia selalu bagitau aku " Don't worry, everything's gonna be alright". InsyaAllah...Amin.


Hehehe, sampai sekarang pun korang tak tau dia tu sapa kan? Aku rasa memang ramai yang tertanya2 siapa dia tu. Hmm...nak tau ke sapa? hahaha...len kali je la k. Dalam blog aku tak reveal, dalam facebook aku pun aku tak reveal siapa dia, aku masih gunakan perkataan dia, you, syg... "Biar tak nampak di mata kerana mata boleh membutakan hati, tapi biar nampak di mata hati kerana mata hati boleh merasa segalanya."  Tak pe lah, suatu hari nanti korang semua akan tau jugak InsyaAllah... :) Kalau aku bagi pembayang & ada orang boleh agak dia sapa, bagus la. Kepada yang tak, hehehe, next time keyh :D Yang penting aku tau, dia tau & yang di atas sana tau. Hahahaha...misteri gtew :P

Hmmm..again..i lost my words sayang. Every time it's about you...i lost my words, no words can perfectly describe what i feel towards you. Just like i said before, if you can see or read into my heart, the perfect answer will be in this little heart of mine.



Hari ni hari yang teramat2 la penat bagi aku, di tambah dengan cuaca yang panas, memang amat penat, rasa lemau je sehari ni. Facebook? aku tengok je la...Blog? ni ha, skrg pun msh rs lemau dan panas..fuh~

Ow...nanti 21 May aku pegi Miri lagi, ada bengkel lagi  kat pustaka. Ala..yang macam dulu2 tu. Cuma sekarang ni anjuran wanita PBB, tempat masih kat pustaka. Alhamdulillah rezeki ada kat mana2 kan? Terima kasih sangat2 la kat akak tu yang masih ingat kat aku :) Bertambah lagi satu menu aku selain cupcake..hehe.. buat tart la plak dah. Doakan aku berjaya k :) Kali ni mungkin ada kekurangan sikit :( sebab tak ada kehadiran dia. Semuanya akan okay, tapi tak kan sama.... Ape pun, tq so much sayang sebab sentiasa support, u r my strength n u also my weakness, huhu. Walaupun kali ni jaoh, aku tetap akan buat sebaik mungkin dengan semangat yang dia bagi.

Uwaaaa...rindu dia sangat2. Haish aku ni la...sbr2. Nanti dia balik jumpe lagi InsyaAllah...Amin :) Adoi la, aku dah bebel banyak sgt kan? Maaf la ye, tak bley tahan.hahaha.. :P



Cukup la kat sini je sebelum aku cerita bnda yang tak sepatutnya plak. Hehehe...Kepada semua, lalui hari2 anda dengan senyuman, "senyum..tak perlu kata apa2" :D


Kepada dia.....whatever it takes, i'll owez be here for you n waiting for you. I miss you so much and deeply in love with you n always be the one in my heart :) Sentiasa sabar dalam menghadapi kehidupan seharian & good luck for you (untuk course 3 minggu ni) :) i'll be waiting for you in front of the gate..hahahah :P (just kidding syg) :* hugs n kisses for you~


p/s: heh..macam rojak je kan apa yang aku tulis..maafkan saye :) hahaha..x pe, ni yang aku nak tulis hari ni. ada lagi kot lepas ni. tungguuuuuuuuu... love you :*

~VR~ with love......

Friday, May 6, 2011

Just for Mama.....

Assalamualaikum.......

Entry kali ni aku buat khas untuk ibu aku, sempena Hari Ibu pada 8 May ni.


Macam mana aku nak mulakan ek? emm...ok. Kita semua ada ibu kan? ada juga antara kita yang dah kehilangan ibu. Sapa2 yang masih ada ibu kira beruntung sebab masih boleh berbakti untuk ibu. Jangan sekali2 sia2kan peluang yang Allah dah beri. Kita hidup di dunia tak lama, semuanya sementara, bila2 je Allah boleh tarik balik. Jadi gunakanla masa ni sebaik mungkin.

Okay...ibu aku, aku panggil mak. Tak de yang special pasal dia, bukan Datin, bukan Puan Sri, dia cuma insan biasa yang bergelar mak kepada aku dan adik beradik aku yang lain. Dia special di mata kitorang. hmm....dia seorang guru di salah sebuah sekolah di Sarawak. Setiap hari dia akan balik kepenatan. Maka di sini letaknya tanggungjawab aku untuk tolong dia uruskan rumah.

Manusia kadang2 ada jugak buat silap kan, tak selalunya betul. Setiap khilaf yang kita lakukan adalah untuk menyedarkan kita dan untuk menjadi diri yang lebih baik. Begitu juga aku, pernah buat silap pada diri sendiri, pada ibu aku. Aku tak nak semuanya berulang lagi.


To my mom....
I know the word "sorry" is not enough for you. All you need is love from us, your daughter and son. So do us, mom....i know, maybe it seems awkward for us, but please...let us try, and for you too, please try. I need my mom back...

Aku teringin...teringin sangat nak pelok mak, nak bercerita ngan dia pasal ape je yang jadi dalam hidup aku, nak tido kat riba dia, nak gelak2 dengan dia, nak makan masakan dia lagi. Tapi...... Mak, i miss you so much n  i love you very much.

Kalau semua ni terjadi, aku nak cerita kat mak aku yang aku sayangkan dia, aku nak cerita kat mak yang aku sayangkan seseorang. Aku tau mak tau, tapi kan seronok kalau betul2 boleh sama2 bercerita. :) hmmm.....sekali lagi aku hilang kata2, aku tak tau nak guna ayat apa. Semuanya ada dalam hati ni, masih tetap tersimpan. Bukan dendam, bukan amarah, tapi sayang...yang aku tak dapat nak luahkan.


Tak pe lah... cukup la sampai sini :'( papepun kepada mak....

Mak...sebelum tok ina ada rasa nak ucap selamat hari ibu ngan mak, tapi sik kesampaian, kad pun ada nak berik, tapi sik terberik, sms sik tersend, hadiah sik terberik :'( bila semua ya dah sik terpolah, ina cuma dapat hadiahkan doa jak untuk mak. Ya cukup kan mak? :) Ina mok mintak maaf untuk semua kesalahan yang ina dah polah atau tengah polah tapi ina sik sedar. Ina mintak maaf juak mun ina selalu gilak kecikkan hati mak. Ina sayang mak glak, cuma terasa kekok nak luah depan mak. Mak...mun suatu hari lak ina tiba2 pelok mak, jangan polah muka pelik k, huhuhu..sedih eh. Rindu mok guro2 ngan mak gik. Ina mok cerita semua ngan mak. Boleh? huhuhu.....Ina mintak maaf banyak2 k, halalkan makan minum ina, halalkan susu yang ina minum selamak tok dari mak. :'( Ina harap mak panjang umo n murah rezeki selalu. Terima Kasih banyak2 mak sebab jaga ina dari kecik sampei besar tok. Selamat Hari Ibu........





Cukup la...aku dah tak tahan :'( Untuk semua ibu2 kat luar tu...Selamat Hari Ibu jugak.....I love you mom...


~VR~

A Letter for You......

For the one i loved the most......it's you....


Dear you,

Assalamualaikum......
Hye sayang...how are you? You are in a good condition right? I really hope so :) I know you're there and i am here. I don't know where to start, don't know how to express my feeling. It's not a bad feeling, don't worry. But it's a good feeling. I know i have told you this so many times already and will not bored to tell this to you everyday.

Sayang....
You have ask me, what makes me loved you so much? The answer is...i love you just the way you are. I accept you as who you are, the real you. I don't care about your look, what you have, or what you can do, it's just you. As simple as that. :) I don't want anything, just want to be with you, with me in the little pieces of your heart. I just want to fill the empty space in your heart, being beside you...or around you.


There's something in you that make me attracted to you. What is it? hmm.....me myself don't even have the perfect answer. Only Allah knows what's going on in our heart right now. You're special for me. If something happened, there's no way for me to forget you for the rest of my life. You give deep impact in me. Syg.....maybe this entry will make you stressed out, or maybe no. If yes, i am deeply sorry, because that's not my intention. If no, thank you so much for spending your time to read this entry :)

How can i express what i feel for all this while? Even words is not enough to express some feeling in my heart. The perfect answer is in this little heart, if you can read it....i wish. Maybe our love is not as charming as the Cinderella's story, or not as beautiful as Nur Kasih drama. This is reality, reality in our life :)

My dear...
I've lost my words.....hmm...no words can describe my love towards you and no words can describe my longing for you. I just can look at your face with thousands meaning in my eyes and smile. Syg...you are my strength you are also my weakness.

Okay.....i think it's enough for now even though it's not. There're more i want to tell you, but i'm beginning to lost my words, emm..for few times already actually.....But it's ok, few of it i'll left it in my heart, so i can tell you more next time.



Live your life ok syg....Whatever happened i am still here for you and waiting for you. Be happy syg, your smile will be my smile too :D

Always pray for the best in our life........ InsyaAllah...Amin... :)


~VR~

Tuesday, May 3, 2011

Enough is Enough...!!!!!!

Assalamualaikum.....n hye to all....

I don't know where to begin, don't know how to tell, don't know what to say, hmm....

Hari ni 3 May 2011, dah masuk bulan May dah kan kite. Pengakhiran bulan April yang baik, thank you April coz you go in peace. Welcome to May.....

May....
What's the agenda for me? Have you prepare all for me? Is it something good or something bad? Ow...ii can't ask you like that, for sure only Allah knows right? :)

May...
Bleh tak nak tanye sesuatu? Hmm.....awal2 bulan dah buat hal kan? Sorry la May, bukan kehendak aku nak serabutkan kepala ko. Emm..nak tanye, nape manusia tak hargai apa yang dia ada? Bila dah hilang baru terhegeh2 nak cari balik. Sanggup buat apa saja asalkann boleh jadi macam dulu. Kenapa dulu tak macam tu? Kenapa baru sekarang? Adoi, maaf la May, aku banyak soal plak. Tapi ni la yang bermain2 kat fikiran aku sekarang.

Nak cakap sakit hati tak la jugak, cuma aku musykil, ape yang dorang fikir sebenarnya. Kalau hati dan perasaan ni bila dah rosak, boleh tukar terus, aku tak kisah la, ni tak. Ambil masa yang lama plak nak baik balik. Tu pun kalau baik. Hmm.....payah kan May.

Aku cakap ni bukan nak mengenang ke ape, aku cuma cerita apa yang aku alami sekarang. Aku bukan nak cari musuh, tapi aku cari kawan. Aku tau, bila aku cakap macam2 dalam ni, orang baca, memang orang akan cakap 'hekeleh, dia ni tau cakap je, mengata orang itu ini, ntah2 dia pun macam tu jugak'. Hmm....aku simple, orang baik ngan aku, aku baik ngan orang orang buat jahat ngan aku, aku buat yang sama jugak. Tapi mungkin cara aku berbeza dari orang lain. Aku tetap aku....

Hmm..dah la, aku tak tau ape dah yang aku merapu ni..Geram sangat. Aku harap pada orang tu, tolong la, stop it..jangan ganggu aku dah. Enough is enough!!!!!!!!!!!!!

~VR~

Thursday, April 28, 2011

Life...Dreams....& You.....

Assalamualaikum....and hye to all...

Jumpa lagi kite ek dalam bulan April, tak pe, ada lagi 2 hari nak masuk bulan May. Kali ni aku cerita je apa yang ada dalam hati aku ni. Kalau korang perasan, entry sebelum2 ni pun pasal kehidupan aku, apa yang aku alami. Memang tu pun tujuan blog ni wujud. Medium untuk aku meluahkan segala apa yang terjadi dalam kehidupan aku. Tapi tak semua la keyh, sikit2 je, kalau nak cerita semua mmg tak cukup page ni. Hmm..tak pe, apa yang ada pun dah cukup kan? :)

Seperti entry aku sebelum ni pasal April. Memang bulan April ni agak mencabar bagi aku, Allah turunkan ujian untuk aku satu persatu, dari segi mental, fizikal, emosi, hati, perasaa, rohani...semuanya. Selepas dilanda masalah aku demam yang korang leh cakap "ON" "OFF" atau sekejap baik, sekejap sakit. Aku pun tak tau kenapa, mungkin kerana macam2 tekanan atau masalah yang aku hadapi.


Aku dah tak teringat sejak bila aku hilang selera makan, sentiasa termenung, sampaikan berat aku turun 5kg dalam masa hanya beberapa hari. Sangat tak sihat kan? Mana la pegi semua zat2 aku tu. Sape amek? :'( Lepas demam plak, Allah turunkan dugaan lain utk aku, penyakit lama aku datang balik. Mungkin tak serius, tapi kalau tak jaga, akan menghala ke serius.

Setakat ni dah 2 kali aku pegi klinik, 1st followup ngan doctor, tetap keputusannya tak berubah. Terpaksa followup sekali lagi untuk kali ke 2 selepas 5 hari. Harap2 lepas tu nanti semuanya ok. Aku tak mampu dah nak makan ubat yang banyak :( sehari selepas followup tu, aku muntah2, pening....Tak tau la kenapa, mungkin effect untuk ubat yang aku makan. Masa tu aku sorang2 je kat rumah, Tuhan je tau apa aku rasa masa tu, menggeletar satu badan, lemah....tapi aku kuatkan jugak sebab aku tak nak mak ayah aku risau. Cukupla aku dah buat dorang susah dulu.

Disebabkan keadaan aku tu, keesokan harinya (iaitu hari ini, Khamis, 28 April 2011) aku demam. Yup....sekali lagi aku demam, tapi tak berapa nak terok sangat la. Siangnya badan panas, tapi aku lawankan jugak rasa sakit, sampai aku rasa berpeloh. Hmm...sekarang ni, rasa agak lemah la sebab memaksa badan ni mengerah tenaga. Tapi tak pe, asalkan aku sihat cepat. Aku tak nak sakit dah. :(

Semasa entry ni dibuat.....macam2 perkara yang singgah dalam fikiran aku.
"Kenapa jadi macam ni? sebab aku lalai ke? lalai terhadap diri aku n lalai dalam mengingati-Nya?"  Mungkin Dia nak aku sentiasa ingat Dia tak kira masa susah ataupun senang. Hmmm....mungkin betul aku terlalu leka. Bukan niat aku nak cakap bab agama, sebab aku tau diri aku juga banyak kekurangan. Mungkin ni peringatan buat aku daripada Dia.


Tak ketinggalan jugak aku tetap fikirkan dia. Apa khabar dia ek? sihat ke tak? Hmm...aku baru dapat tau yang dia demam. Harap2 cepat sihat keyh, rajin2 makan ubat(pandai2 nak nasihatkan orang heheh) Aku tau dia boleh jaga diri, cuma sebab sayang kan, ada la sikit kerisauan. Rindu sangat nak tengok dia, rindu sangat nak cakap aku sayang dia, rindu sangat nak cakap aku rindu dia. Rindu n ingat punya pasal sampai aku mimpi pasal dia dalam 2 hari ni.huhuhu...Apa mimpi tu?

Emm....mmpi 1st yang aku masih ingat, aku n dia ada kat satu tempat, semuanya hutan, tapi tmpat tu kat sini, Sarawak, tempat yang orang kenal, mungkin sebelum ni ada bangunan, tapi dah tak nampak. Masa tu tiba2 ada gegaran, dan aku nampak ombak yang tinggi nak sampai dah kat tempat aku. Orang2 lain dah lari, aku masih kat situ tengok. Kemudian aku rasa ada orang tarik tangan aku dan bawak aku ke tempat tinggi. Orang tu adalah dia. Kat tmpat tinggi tu kitorang tengok macam mana ombak musnahkan semua yang ada kat depan  dia, tanah dari dasar laut naik.....mimpi yang amat ngeri, tapi ada dia selamatkan aku, apa maksud mimpi tu? hmm.....

Okay mimpi 2nd iaitu malam semalam, aku mimpi kat rumah ni, pintu depan terbukak. Aku rasa masa tu aku duduk kat ruang tamu kot, tiba2 ada orang bagi salam, yang aku tengok orang tu adalah dia. Datang, masuk, n tiba2 cakap dia sayang aku..(rindu nak dgr btul2) heheh...trputus sampai situ je la mimpi aku. Yang ni plak, apa maksud mimpi ni? Hmmm..


Apepun dalam mimpi tu, apa yang terjadi kat realiti, aku berserah pada Allah. Segala yang buruk hanyalah dari kita, segala yang baik hanyalah daripada-Nya...Subhanallah....InsyaAllah semuanya akan okey. Amin.

Lebih2 la plak aku ni kan? hmm.....tapi tu la, aku betul2 sayang dia and i'll wait for him. Semoga suatu hari nanti semuanya akan okay, InsyaAllah...Amin.

Cukupla aku merapu kat sini, kene tido awal plak. Sekarang ni kena jaga kesihatan betul2. Sebelum tu, emm...terima kasih kat semua kawan2, mak, ayah yang doakan aku cepat sembuh dan ambek berat. Tak lupa jugak kat dia yang masih ambek berat kat aku n bagi semangat kat aku untuk cepat sembuh. Alhamdulillah Dia masih nak aku sedar, berkat sokongan, dorongan dan doa semua, aku masih kat sini. Sayang awak sangat2 :* Apa pun yang jadi, hati ni tetap kat dia... :) Semoga cepat sembuh jugak k sayang...muah.


Okay lah...cukup2...selamat malam semua, selamat malam sayang. i love you so much n i miss u like crazy :D Assalamualaikum..........

~VR~