Saturday, October 2, 2010

Temuduga......

Ha...setelah berhempas pulas memikiokan ape nak d tulis, akhirnya dapat gak 1. Cian otak aku semalam kan, kene pakse brfikir. :'( ok2, hari ni aku nak cakap pasal temuduga atau dalam bahase omputihnye intebiu, cewah. aku rase skarang ni musim2 intebiu kot. sebab tengok2 kawan sana sini cakap ada intebiu kat sini2, gabra, tak tau nak jawab ape. hihihi...bukan dorang je rasa camtu, aku pun rasa gak.



Sebelum intebiu tu memang dah wat persiapan terbaik punye lah. carik sana sini maklumat, siap2 pakaian, kasut semua. memang tip top la. baca bagei nak terkeluar bijik mate. bila dah camtu, mule la gabra. terbayang dalam kepala "ape la soalan dorang nak tanye, entah dapat ke idok kroje ni, sape la jadi tukang tanye nanti"....macam2 lagi la.



Jeng3......tiba hari penentuan. pepagi dah bangun awal nak siap2 untuk intebiu. mana yang x sempat nak baca, kena baca masa on da way gi tempat intebiu. pakai baju bio kene ngan tujuan, macam kucing ni. smart tak?hihihi.....




sampai je kat tempat intebiu, mule la rasa kecut perut. time ni mesti ramai yang ada pengalaman kuar masuk tandas banyak kali. ahahahaha...mmg kecut. sorang2 nama kena panggil, lagi la kecut. terbayang2 muke tukang tanye tu, mesti garang2, budget best je. ;P mmg dorang best pown.





ahah....sampai dah giliran aku. tak cukup air liur aku baca doa2 penenang hati, penerang hati, selawat, semua la. uish, kaki ketaq2 dah ni. jantung dup dap dup dap...masuk je bilik tu semua tengok, perghhh angin sejuk menerpa, cewah. makin ketaq aku dorang wat camtu. aku cuba la berlagak biasa, senyum selagi boleh. duduk sopan2, masa ni kalau duduk tiba2 jatuh, malu aku.tak pe, kawal diri.






aku masuk2 je, sentap jantung aku. adoyai. 1 malaysia dalam bilik tu, plus extra. ada melayu, cina, india,bidayuh, n omputih. waduh2 camne ni. x pe, cool2. fuh2. cakap kena fully speaking nih. gabraaaaaa.... ok, soalan2 wajib masa intebiu :

  1. citer pasal diri sendiri
  2. dah kawen ke blom (ada kne mengena ke ek? hmmm..)
  3. datang sini dengan ape n sape
  4. dulu amik ape masa study, citer sket
  5. nape mintak keje ni
  6. ape kebolehan yang aku ade
  7. sanggup tak keje lbih mase
  8. memacam lagi la...

tp yang paling penting, sentiasa senyum....

cute tak? tq2...saya mmg cute ;P





dah la..tak mo citer psl tu dah. makin gabra plak. tapi kan, untuk setiap satu manusia kan, ada 1 intebiu yang mmg wajib dia amik. memang kene jawab. kalau x dapat jawab, nanti kene plangkong, haaa..bile kene plangkong, masuk api merakeeee (bak kata kuman ku2 dgn manjenye) ;)




masa ni dah tak de sape2 akan tolong.jawab la sorang2 berdasarkan amal ibadat kita kat dunia. soalan dia masa ni dh macam soalan bocor exam akhir. kite dah tau apa jawapannye, tinggal kite je mesti beringat. bnyak amal, dapat la jawab. tak beramal, pandai2 la. selepas bacaan Talqin, anak2, isteri/suami, saudara mara mula meninggalkan kawasan perkuburan. selepas 7 langkah, kita akan didatangi Malaikat Munkar & Nakir. siap sedialah kita untuk d intebiu. Soalan yang wajib ditanya beserta jawapan:






  1. Malaikat bertanya: Wahai Folan Bin Folan (Mayat), Siapakah TUHAN mu ?. jawapannye "Allah Tuhanku".

  2. Malaikat : Siapakah NABI mu ? jawapan: MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku.

  3. Malaikat : Apakah AGAMA mu ? jawapannye: ISLAM adalah AGAMA ku.

  4. Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu! jawapan: Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.

  5. Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ? jawapan: SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat.


ha...amacam.smua sudah terang lagi bersuluh. terpulang la pada kita sebagai umat untuk beramal kepadaNya memohon keampunan untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. (ingatan untuk aku gak ni). kita d dunia hanya sementara dan setiap manusia akan melaluui kematian. bersiap sedialah sebelum terlambat. Subhanallah......



aku rasa cukup la aku membebel. mata pun dah penat, tangan pun dh nak terkehel. time to sleep. adios amigos...jmpe lagi.

Assalamualaikum semua......

~~~~~~~~~~~~~~Roger & Out~~~~~~~~~~~~~~


Friday, October 1, 2010

Jiwa Kosong =(

Tup tap tup tap, mata kelip2 je bkn sebab tak leh tido, tapi kebosanan yang amat. 2 hari dah macam ni, tak de idea, tak tau nak wat ape, on tv pun tak tau nak tengok ape. Heish, memang mati bosan la macam ni.





Alkisah diberi ubat cabut lari..ubat batuk cap ibu dan anak yang diberi....Eh bukan, kisahnye semalam dari siang sampai la kemalam aku memang tak de buat pape. Siang macam biasa la siapkan keje2 rumah. Sampai la ke malam, mula la buat muka blur (-.-). Ke sana ke sini dalam rumah, tetap tak jumpa benda menarik. Last2 on fb sekejap, tu pun kepala dah mula buat hal. Tido la jawabnye. Fuh...memang best dapat tdo. Tapi lepas tu datang lagi 1 masalah baru plak. Aku ni, bila dah tido awal, maka secara automatiknya aku akan sedar balik tengah2 malam. Kompom tak leh nak tido balik. Untuk selesaikan masalah, ape aku buat? Main game? Oh tidak. Jalan2? Uish, cari pasal jalan2 tengah malam buta.



Jeng, jeng, jeng...aku menggapai2 meja sebelah aku, capai remote, on tv. hahahah...tekan info, bukak channel 413. Eeh...ada crita Pearl Harbour. Menarik gak ni kalau layan. Nasib baik citer tu best. Memang terkesan la dalam sanubari aku ni.



Citer ni antara Jepun ngan US masa nak mula Perang Dunia Ke-2. Sebelum masuk part perang2, yang menariknye kisah cinta 3 segi antara Capt. Rafe McCawley (Ben Affleck), Nurse Lt. Evelyn Johnson (Kate Beckinsale) & Capt. Danny Walker (Josh Hartnett). 2 lelaki ni rakan karib dari kecik, sama2 masuk tentera & masing2 saling menjaga antara 1 sama lain. Dua2 mencintai wanita yang sama, berlaku pergaduhan antara rakan karib tersebut. Tetapi disebabkan keadaan perang pada masa tu dan dengan pemikiran yang matang, lelaki2 tu boleh berbaik semula dan masing2 boleh menerima kenyataan. citer ringkas2 je la eh, kang terjangkit plak boring ;)


Pasal perang dia plak, memang tak dinafikan rancangan untuk menyerang Pearl Harbour adalah rancangan yang sangat teratur oleh Jepun. US sampai hari serangan tu pun tak sedar lagi. Perghhh..ngeri ah tengok . Serangan tu bermula pukul 7:53 pagi, 7 Disember 1941. Penyerang Kamikaze kat mana2, mayat rentung, lemas...masa ni kalau aku ada kat situ, rasanya memang tak gerak2 la kat mana2, tak pun dah .......................................... (faham2 la ye) :'(




Jepun musnahkan semua kapal2 perang yang berlabuh kat situ, semua lapangan terbang. Kapal yang US paling sayang sekali pun tenggelam jugak dan sekarang dibina memorial kat atas bangkai kapal yang tenggelam. Nama kapal tu USS Arizona.










Ada 1 dialog dalam citer ni yang wat aku rasa meremang (-.-') Adm. Isoroku Yamamoto (Mako) : "I fear all we have done is awakened a sleeping giant and filled him with terrible resolve" huhuhu...memang meremang sey, dengan muka ganas dia lagi.


Tapi tak kurang juga kata2 semangat dari President Franklin D. Roosevelt (Jon Voight). Emm..tapi bukan la kata2, lebih pada perbuatan. Dorang tengah cari idea nak wat serangan balas. Tapi tu la, anak2 buah dia cakap mustahil nak wat dengan keadaan macam tu (pape istilah tentera yang dorang cakap). Sekali presiden tu tiba2 diam & dia cuba berdiri (dia sebenarnye lumpuh disebabkan polio, lumpuh dari pinggang ke bawah). Last2 dia dapt gak berdiri dengan susah payahnye dan dengan coolnye dia cakap kat anak2 buah "Nothing is impossible" lebey kurang la dia cakap camtu, ahaks. ;)


Dah abes....pengajarannye:-
  1. Ape pun jenis masalah, leh bincang ape..
  2. Team work
  3. Perancangan yang baik
  4. Sentiasa bersemangat
  5. Rela berkorban demi agama & negara...
  6. Pakwe yang encem, awek yang cantik (ahaks, ni bukan)
  7. Keamanan
  8. Renung2kan lah....

Alamak...terpanjang plak aku tulis hari ni ek. Mesti bosan bace. tak pe la, janji aku dah lepaskan kebosanan yang membelenggu diri ini. wah!!...Dah la, cepat selamatkan mata korang..Tutup2.

~~~~~~~~~~~~Roger & Out~~~~~~~~~~~~

Wednesday, September 29, 2010

Hari ini hari Rabu...

Uaarrrgghhhh...(menguap). Hari ni hari yang sangat memenatkan. Sebab ape? Sebab malam tadi aku x leh tido. Kenape? Ade la sorang kawan aku ni takutkan aku, dia cakap ade orang nampak lembaga hitam tak berbaju melompat dari bumbung rumah kat perumahan aku ni. Aku punye la percaye, sebab aku ni penakut. Huhuhu...sungguh ngeri. Takut punye pasal aku tak leh tido sampai la pkul 4 pagi. Berbintang mata, Hadoyai.



(*-*)(*-*)(*-*)(*-*)(*-*)(*-*)(*-*)


Maka...puasnye lah aku cube bangun & bukak mate pagi tadi. Dah la pepagi bagi seorang perempuan memang banyak keje (tunjuk rajin.hihi...) Teringat plak kat Mr. Bean. Agaknye macam ni la kot rupa aku nak bangun tido pagi td (-.-')






Sungguh penat, huhuhu. Pujuk gak hati ni. Berkata dalam hati "rina, bangun2. Jangan nak malas2. Tak elok anak dare bangun lewat". Maka, dengan penuh semangat aku bangun dengan mata kuyu. Ni kalau nak tutup jugak mata ni abis la. Tak jalan keje aku. Ok2, mula2 basuh baju dulu. Kemudian, sidai. Lepas ni nak mandi plak. Sebelum tu rehat dulu la.



1 minit kemudian......

Eish..tak ley jadik nih. Hampir2 tertido. Kene wat sesuatu. Hahaha, tiba2 teringat lagi kat Mr. Bean tahan ngantok. Ape la aku ni, dush3...






Hahahahaha..tak penah aku buat keje macam ni. Penyelesaian terbaek, pegi mandi la. Baru segar. tak yah nak tongkat2 mata. Lepas tu baru la aku bersemangat waja. wah...macam tentera la plak. Dapat je semangat baru, serta merta otak aku ni teringat kat resepi kek yang aku salin semalam kat tenet. Ni la resepi yang aku dapat sepanjang tak leh tido semalam. time kasih la kat kawan aku tu :P Nampak sedap, nak cube lah. berhempas pulas aku wat kek tu sorang2. siap ade modification lagi ke atas bahan2 (kononnye pandai, nak jadi macam mak :D).


Selepas beberapa ketika, dengan bahang oven yang tidak tertahan, dengan keyakinan yang mendalam bahawasanye kek itu telah masak, maka siaplah kek yang aku usahakan selama ini, ceh..hihi. Tadaaaaaaaaaaaaaa.......nampak sedap kan tuan2 dan puan2.


Marble Cheese Cake..yang tak berape nak marble

Sedap seyyyy....... 1 task accomplished. tick, tick, tick :)



Bila malam menjelma plak, terngiang2 lagi kata2 kawan aku tu. Adoyai, mintak2 malam ni aku leh tido. Kalau tak mengarut je aku pagi esok.


Sekarang ni masa untuk ape adik2...? Masa untuk rehat kak rina...!!! Ye..pandai, jom kite rehat sambil makan jagung & tengok CSI & tulis entry baru. Wah......terbaek.


Sekali lagi, tadaaaaaaaaaaaaaaa..dah siap 1 entry untuk sehari suntuk aku yang mengarut dan bosan nih. tak de keje, wat keje sendiri. ye dak? baru terisi masa dengan hal yang berfaedah. (akak contoh, hahahaha..)

Okeyh...penat memerah otak, batery dalam diri pun dah nyale merah tanda dah low gler, jom rehat tengok Leftenent Caine yang cool. Tatatititutu, good night alls. Mmmmmuah ;)

~~~~~~~~~~~~~~Roger & Out~~~~~~~~~~~~~~






Tuesday, September 28, 2010

Kisah Cinta Kita...


Bosan plak malam ni. Jadi, untuk tidak menjadikan kebosanan menguasai diri, aku nak tulis sikit pasal kisah cinta. Bukan nak jiwang2 keyh. Cuma sekadar bercerita, sebab aku tengok sekarang ni kat tv org bercinta, realiti pun orang bercinta. Memacam kisah cinta sekarang ni kan...



Kalau kita on je tv, keluar la citer2 sinetron, drama2 melayu. Contonye mcm Cinta Kirana, Cahaya, Alisa, Epilog Syurga Cinta, Janji Kekasih, Chinta, yang paling tak tahan punye nama drama..Asmara.hahahah....



Rata2 drama2 ni mengisahkan tentang cinta antara 2 insan. Cinta direstui, cinta sejati, cinta terlarang, cinta paksaan. Macam2 la. Rasa2 semua dah boleh agak macam mana ending dia. Tapi tu semua hanyalah lakonan. Bila masuk bab realiti plak, memang akan melibatkan hati dan perasan. Betul tak?...



Mula2 bercinta memang pergghhh...ibarat cerita Titanic "you jump, I jump", kalau drama melayu plak "lautan api sanggup ku renangi demi bersamamu, kalau sinetron plak "sayang, jangan tinggalin aku lagi.aku cinta mati sama kamu."(sambil nangis teresak2). Heish, penat2 kalau realiti macam ni. (padahal dulu aku macam ni gak) hahaha..Dulu je la, ok ;P


Bila dah lama bercinta plak, akan sampai satu tahap nak gaduh2. Sebab dah bosan kot ngan memasing. Tengah gaduh2 tu plak tak de dah kata2 "sayang" "abang", yang kuar semuanya "aku benci kau", "sampai bila2 aku takkan maafkan kau" dan macam2 lagi. Heish..sekali lagi aku cakap, penat2 macam ni. Dah habis gaduh tadi, mula la nak cakap "kite dah x de sefahaman lagi, cukup setakat ni je hubungan kite". Tu kire ok la, berbudi bahase la jugak. Yang x reti nak berbahase "aku benci kau, kite putus, aku tak kan maafkan kau sampai bila2, tak guna punye perempuan/lelaki".Hmmm......yang ni agak kurang ajar la. Buatnye si awek atau pakwe tadi tu ada sebab tertentu yang dia betul2 tak bley nak bagi tau, kalau bagi tau pun ibarat mencurah air ke daun keladi, cewahh. Ha..tak ke naya. Dah la dapat dosa free...nayekan orang lagi. Tu..lu pikir la sendiri (nabil cakap).







Bagi aku kat ada macam2 jenis cinta kat dunia ni. Cinta untuk Allah dan RasulNya adalah cinta yang Agung dan sejati. Pasal cinta antara manusia tu, semua boleh fikir sendiri kan? Dan dalam hidup aku cinta datang dan cinta pergi, orang nak benci aku, benci la. Seperti yang aku bagitau sebelum ni, semua hal boleh dibawak berbincang dan semua hal yang terjadi ada sebabnye. Bukan suke2 je jadi & bukan suke2 je aku benda tu nak jadi. Kalau dah bukan jodoh, just let it go. Tak guna untuk membenci sesame manusia. Masa ni tak gune nak buang2 aku dari friendlist facebook ke, tagged ke..ape jadah lagi la laman sosial yang ade. Buang2 pun, satu hari nanti pada hari penentuan, kita semua akan jumpe balik kat Padang Mahsyar. Apa yang ada dalam hati ni, hanya Tuhan yang tau.





Haiyooo..panjang plak aku bebel kan. Bosan punye pasal la ni, cet...sorry la ye. Ok dah2, roger n out. huhuhu......

Pasangan Berbeza Negeri: Keburukan & Kebaikan

Hai...hai...hai...Hari ni nak highlight sikit pasal isu pasangan berbeza negeri. Sebab sekarang ni ramai dah couple2 kat luar nun yang asal dari lain2 tempat. Btol tak? Tak de? Jangan nak tipu la... ;P Isu ni dibangkitkan sebab ada la sorg hamba Allah yang ada masalah dalam hal ni. Tujuannye plak bukan nak kondem sesape ek, aku cuma nakkan pendapat daripada sesape je yang ada idea dalam hal ni. Be open...

Ceghitenye gini...orang ramai cakap, kalau lain2 negeri, mmg ssh nak kekal, atau tak de sefahaman sangat. Sama ada antara pasangan atau keluarga memasing. Ade je yang x betol. Kes paling fofular time2 nak balik raye. Mula la melobi2 nak balik kampung sape tahun ni. Macam kes Maznah & Fendi la ;P

Siap angkut rumah gne treller lagi. Kalau tak puas ati gak....tak lame la tu hihi...

Ni bukan takat balik raye je gadoh. Sampaikan anak nak sunat kat mane pun masuk kes jgak. (maaf la ye klu dh menyentuh sensitiviti). Adoyai... Memacam kes kite tengok la ni. last2 bercerai berai. Dapat ape pastu? hmm... Bak kate peribahasa melayu "macam hanjing ngan kucing" . Wei..sekarang ni pun hanjing ngan kucing pun leh baik tau. Jangan plak korang pgang hanjing tu lepas ni. Tetap HARAM tau... ;P

Kesimpulannye..asal dari mana2 pun, kita semua manusia biasa. Walaupun berlainan pangkat ke, darjat ke, bahasa ke, pape je la, kite ni semua manusia ciptaan Allah. Dari mana pun, yang penting ada tolak ansur antara pasangan & keluarga memasing. Lagi satu, pemikiran kne la matang dalam membuat sebarang keputusan. Jangan dok pikiq nak bising2 ja. Semua masalah ada penyelesaiannya, asalkan ada tolak ansur, pemikiran yang matang & keputusan yang tepat.

Aku tak kan berani cakap semua ni kalau aku sendiri tak pernah alami keadaan ni. Kes berlainan negeri, mungkin berlainan darjat, aku kene buang macam tu je. Kalau semua tu boleh bawak mati, aku tak kisah la.

Dah la, tak nak bebel panjang2, bosan lak. Harap2 dapat la sedikit sebanyak pandangan reader pasal hal ni. Arigato.... :)

Monday, September 27, 2010

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....


Assalamualaikum kepada semua bloggers2...

Wah..intro yang baik nih. Ye la, budak baru belajar kan. Uhuk2. Emm...memandangkan ni kemunculan pertama kali kat blog ni, adik tumpang lalu kat akak2, abang2, makcik pakcik nak menetap kat cni. Sesaje nak amik angin & buat perubahan terbaru dalam hidup aku. Eh, tak pe kan kalau gune "aku" untuk bahasakan diri. Lebih selesa kowt...






Ok, tak nak cakap banyak, aku perkenalkan diri. Aku...Khairinna. Boleh panggil aku rina ke..ina ke..pape je la..asalkan elok. Asalnye dari Bumi kenyalang. Orangnye, sedang2 je (merendah diri) kahkah. Ckup la tu je kowt. Malu nak terang bebanyak. Nak senang..yang sebelah kiri tu, aku. ;)




Papepun...thanks kepada sesape yg sudi bertandang ke blog aku ni :)

Di harapkan dengan adanya blog ni, bleh la aku majukan diri aku & sedikit sebanyak tolong menolong kawan2 aku kat sini...

Semoga blog aku ni maju dan maju lagi kehadapan...!!! Malaysia Boleh !!! ;)




Amin...