Saturday, July 9, 2011

Facebook Oh...Facebook...Goodbye...

Assalamualaikum again....

1:10a.m.
Aku masih tak boleh tido. Tiba2 aku terfikir plak nak buat satu lagi entry. Mungkin entry ni agak sensitif kot bagi sesetengah orang. Berkenaan FACEBOOK.....

Sekarang ni orang makan facebook, nak tido pun fcebook dulu jap, gadoh facebook, couple pun dalam facebook, break cerai berai pun ada yang guna facebook. Hebat kan penangan facebook ni? Patut la Mark tu kaya raya je dok rumah goyang kaki.

Hmm...aku buat entry ni bkn nak cakap pasal fakta ke apa. Just nak baggi tau je apa yang aku rasa n apa yang aku alami kat facebook. Aku ni pun dulu pengguna tegar facebook. Tapi lepas beberapa kejadian,dari dulu sampai sekarang, aku jadi tawar hati kat facebook. Kalau tak kerana page cupcake aku tu, lama dah aku DEACTIVATE facebook aku tu.

Aku tau, aku pernah cakap "facebook is just facebook". hmm, kononnya x campo adok ngan kehidupan sebenar la kan. Tapi...tu la, manusia tetap manusia. ignore...ignore...ignore, tak leh gak, last2 memang campo adok gak. Tak de la sampai tak waras, cuma agak terasa la sikit.

Kadang2 apa yang aku tengok kat facebook, tak seperti yang aku harapkan, tak seperti yang aku nak. Kadang2 tu apa yang ada dalam facebook, makan hati la jugak baca. Hahahaha...(macam budak2 kan?) Tak tau la orang perasan ke tak aku rasa macam ni. Dulu pernah la terperasan sekali, tapi....emm....sama je kot aku tengok sekarang ni (uish..memang macam sakit hati nih,adoyai) Tak boleh dibiarkan....The best way, diam dan tengok je :) Ok2...

Memang facebook adalah sekadar facebook, kadang2 tu ada jugak benda serius dalam tu kan? Hmm....maafla kat sapa2 yang kalau ada terasa ngan entry aku ni. Aku cuma luah apa yang aku rasa, sebab kadang2 aku perhatikan je, aku interupt, aku tegur, masih benda yang sama jadi. Ni last cara aku nak luahkan. Tak dapat jugak..aku akan diam dan tengok je lepas ni :)

Adoyai...dah rasa bersalah la plak aku ni. Hmm...LEMAH!!! Maafkan aku, maaf sangat2. Tak de niat nak kecikkan hati sesapa pun, tak de niat nak buat siapa2 terasa, cuma luahan hati aku yang agak resah. Tak pe lah facebook, aku harap ko tenang la lepas ni. Mungkin aku tak kan jengok ko selalu dah, apa nak jadi dalam facebook tu, jadi lah. Aku dah lock apa yang patut, biar aku je post apa yang aku nak, bila2 masa aku nak.

Kali ni keputusan aku muktamad. Aku bukak facebook pun lepas ni untuk jengok page cupcake aku, that's all. Thank you facebook, sebab dulu ko la salah satu peneman masa susah senang aku. Cukup2 la dah....ko pun penat kan. Aku bagi ko rehat yang panjang kali ni. Aku tetap ada, memerhatikan semua.....

01:35a.m.

~THE END~

~VR~

0 comments:

Post a Comment