Wednesday, July 27, 2011

Hanya Kau yang Mengerti :'(

Assalamualaikum........

12:46a.m.

Ya Allah, dugaan apa lagi yang Kau berikan kepadaku? Bukan niatku untuk merintih dugaan ini...tetapi ...hmm.Tujuanku menulis, bukan tunduk kepada cinta dunia, tapi sekadar meluahkan rasa berat dihati ini.

Mungkin apa yang aku alami sekarang tak seteruk masalah orang lain, cuma bila berada di dalam situasi aku sekarang, memang amat menyakitkan, bila melibatkan kawan2 dan hubungan peribadi. Kenapa aku mesti memilih antara kawan dan kekasih? Hmmm.....

Satu tamparan cerita yang hebat bagi aku. Kisah lama terbuka kembali setelah sekian lama rasa itu terkubur. Kenapa sekarang? Kenapa mesti di ungkit kembali? Kenapa tak tunggu dan lihat je? Kenapa tak tolong kawan dengan keadaan yang sekarang ni? Kenapa...kenapa...kenapaaaaa

Setiap soalan pasti ada jawapan. Cuma aku tak pasti sama ada aku mampu atau tak untuk hadapi semua tu. Di luah mati mak, ditelan mati bapak? betul ke?hmmm..hentam je la. Kenapa aku nak lepaskan apa yang aku dah usahakan selama ni? Aku terima keadaan aku sekarang ni dengan seadanya. Aku cuba belajar terima dia seadanya.

Tak terniat untuk melawan takdir, cuma sekarang ni, aku perlu usahakan apa yang ada. Bukan terus berserah pada apa yang tak pasti. Tak pasti ke? hmmm.... persoalannya Istikharah tu ihklas atau tak? Ya Allah....bantu aku untuk mencari jawapan yang pasti.

Andai dia memang untukku, kau berilah petunjuk. Andai dia sememangnya bukan jodohku, kau bimbinglah aku untuk menerima semua kenyataan ini.
Aku akan berusaha sehingga yang aku mampu, aku tak mungkin akan menyerah dengan mudah.

Kepada si dia, bantu aku untuk hadapi semua ni. Sehingga sekarang belum terdetik di hati aku untuk berubah. Aku masih tetap sayang dan tetap akan sayang. Maafkan aku jika ada terlanjur kata. Tak terniat untuk menyakiti sesiapa. Apa yang aku nak buat lepas ni, hanya aku dan Dia yang tahu.

Kepada kawan2......maafkan aku andai semuanya terlalu menyakitkan.

Berusaha dan tawakkal...aku berserah kepada-Mu....

01:06a.m,

~VR~

Tuesday, July 12, 2011

Kereyziiii Monday ;)

Haaaa......Assalamualaikum semua

Adoi, aku cakap direct, aku tak boleh tido malam ni. Padahal penat2 aku jog siang tadi. Hampeh... Hahahaha. Kenapa ek? Insomnia? adoi, tamauuuuu...Banyak fikir? ye kot, tapi sekarang kosong semacam je otak nih. Habis la aku macam ni. :'( Tido la mataku sayang...

Haaaa...cop3. Sebelum tu aku nak ce citer sikit. Hihihi. Al-kisaaaaaahhh siang tadi. Ayah aku tanya sesuatu yang buat aku malu memanjang. Uwaaaaa..malu dooooowwwhh walaupun ayah sendiri. Hah? ape yang ayah aku tanye? eheheh, rahsia ;P malu la aku nak bagi tau kat sini. kuang3. Tak pe, korang anggap je la apa2 je soalan yang korang nak, huahuahuahua..

Arrgghh....jap gi aku sambung citer k. Layan movie jap.jeng2 :P Jap eh...

Haaaaaaaaaaaaaaaa.....saya kembali.....huaaarrgghh, perrrghhhh...best giler movie tu. Aku akan tengok dan tengok lagi movie tu sampai puas, huahuahua. Buat aku makin tak leh nak tido.Hahaha..adoyai, macam mana ni?

Tak pe, aku citer pasal aku jog petang tadi nak x? Hihihi, petang tadi aku jog dengan si dia n G :D muah2 heheh, aku happy sangat bila dorang ada. Aku rasa memang agak keterlaluan la aku jog petang tadi. Sebelum 4.30p.m dah aku mula jog. Gila tak gila, fuh. Aku jog dari rumah aku sampai la ke jalan baru kat tanjung batu ni. Bagi orang yang jarang bersukan macam aku ni memang agak gila la trail tu. Tak cukup dengan tu, pukul 5 plak si dia n G sampai join sekali. Peerrghhh...kitorang naik bukit BDA (bukit yang ada UFO atas dia) hahaha :P 2 kali beb. Kaki aku dah kejang turun naik. Penat giler.

Tak cukup kat situ, kitorang sambung plak kat waterfront a.k.a bintulu promenade ngee~ skema nye nama tu kan? kitorang jalan sampai hujung (tak la hujung sangat pun, agak2 setengah waterfront tu) Hehehe, kat situ kitorang snap2 sikit, pastu haaaaaa..kitorang buat sit up. Aku n G buat 20 kali, Cik abang plak buat 20 kali jugak, eh? ehem2 plus 10kali = 30 kali. Hahahaha, kasi buli sama dia, bluuweekk :P  Fuh, mau tak kejang perut sampai rasa lapar.

Mangsa di tempat kejadian.hahaha :P





Eh3...chop3..lupa satu cerita, masa kat waterfront tu, heheh, my laling a.k.a G, dia menocangkan rambut aku yang tengah serabai masa tu. Yippiiiii tantek sangat, thank you G, muah2, maaabeles.Nak lagi len kali, layan dooowwhh orang main2 rambut. Rasa nak tido kat situ jugak.hahaha :P Tak pernah2 orang buat rambut aku macam tu, sekali sekala best gak.Hihi...nak lagi dan lagiiiiii. Nanti aku letak gambar k.

Haaa tantek taaakk?? hihi

Sebut pasal lapar, kitorang singgah la kat mall, nak beli benda yang dihajati, tapi tak jadi sebab benda tu tak de. So ganti la ngan waffle, janji ada CHOCOLATE.. Lega. lepas tu, masa untuk balik rumah, hehehe..

Thank you untuk si dia n G sebab join jog. Thank you sebab gembirakan hari aku. Thank you so much and i love you both so much. Untuk si dia, thank you sebab faham aku, you are my world now :)

Hmm...ok lah, aku ni rasa macam dah hyperactive sangat. Tolong la bagi tau camne aku nak lelapkan mata ni. Ni semua orang dah tido, tinggal aku sorang je lagi ha. Takkan aku nak korek dapur kot cari makanan, hahaha, macam tikus plak dah. Tapi ok gak idea tu kan? Ngahahaha, korek peti sejuk sekejap, ada CHOCOLATE :) wah!!! makan se-bar dua, jadi la. Layan~~~ hihi, jangan jeles.

Ok chow bebeh, kasi hentam sama itu chocolate. Cakap sudah serupa orang gila sudah ni. hahaha...Aku taat pada yang satu :P Good night uolssss...

Assalamualaikum..tata...mmmmmmmmmmmmuuah :*

03:03a.m out~

~VR~

Sunday, July 10, 2011

Sun...day

Assalamualaikum.....and hye

Oho...hari ni Ahad. Sun...day. Hari ni aku tak buat apa2. Just kemas rumah, masak2, jogging, ngadap blog. Hmm...bosan. Tapi tak pe :)

Ok, hari ni aku bangun dengan perasaan yang tak tenang. Hmm..macam la minggu ni hati aku tenang kan? Memang seminggu ni tak tenang pun. Tak tau la nape. Biarlah...dengan mood yang tak berapa nak elok aku elok2 kan jugak. Pergi dapur, barang2 semua dah ada, aku siap sedia la nak masak dengan kadar yang segera. Di bantu oleh adik beradik aku.

Masa kat dapur tu la mood aku makin menjadi2 tak eloknye. Aku orang yang simple je. Nak keje ngan aku, senang, mulut jangan banyak bunyi. Kalau banyak bunyi, adoyai...pening nak dengar orang bebel je memanjang. Tekanan perasaan betol. Tak pe, sabar je la kan, bukan orang lain pun. Dengar je la, diam.

Lepas dah siap semua tu aku pegi la rehat2 sementara tunggu masa nak pegi jogging. Kisah aku pegi jogging plak, aku biasanya jog kat jalan Tanjung Batu..siapa2 yang tinggal kat kawasan bintulu tu tau la kan.heheh. Aku jog pun semata2 nak ambik angin luar, disamping aku nak tenangkan perasaan yang kacau bilau, biar aku penatkan diri, sambil2 tu nak sihatkan diri gak.

Dalam masa aku jog tu, dapatla aku tenangkan perasaan sikit. Tengok pemandangan laut. Tenang sangat. Aku boleh lupakan sekejap semua yang aku rasa, semua perasaan yang tak tenang. Korang pun bleh try tau. Selain daripada buat cupcake aku tu, aku pegi jog untuk tenangkan perasaan. Terpulang pada masing2 la ek.
Hmm..aku tak nak cakap banyak la. Kang merapu plak. Lepas ni, aku letak gambar2 yang aku snap masa aku jog dalam minggu ni. Enjoy k :)

Hehehe...adik aku ;P



Ni pun adik aku jugak ;P





Hmm..sorrow kan? :'(


~VR~

Saturday, July 9, 2011

Nonsense Morning....

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...

09:17a.m.
Aku baru bangun. Eh? bukan2. Aku baru keluar dari bilik aku, aku tak tido pun mlm tadi. Hmmm....again benda ni jadi. Kenapa ek? Teramatla tak suka.

Aku banyak berfikir kot. Haish, tak habis2 nak berfikir. My dear brain, please slow down.

Emm...pagi ni aku tak tau nak buat apa. Semua kerja setel, sebab adik beradik aku dah buat semua. So...kerja aku hari ni, masak je la. Ok. Now, aku ngadap bumble bee tersayang aku ni. Setia pada aku sorang, aku pun setia pada bumble bee je, hehe... Facebook? hahaha...dah menjadi sejarah. Aku tak on dah. On pun setakat cek page cupcake aku yang tersayang tu. :) Nak cari aku? Handphone ada, blog ada, kalau sudi :P

Haish aku ni...memang bunyi macam merajuk kan? Fuh....~ aku merajuk la ni ngan facebook.hahahaha.

Sampai bila la aku nak fikir sangat pasal orang kan? Asyik fikir pasal orang je aku ni, sampai tak ingat pasal diri sendiri. Tu la sikap aku yang tak bleh nak berubah. Nak buat macam mana kan, aku tetap aku. Hahahaha....(macam orang gila dah ha...)

Kalau la korang semua dapat belah dada, bukak...baca hati aku..fuh, tak tau la apa yang korang akan baca dalam hati aku ni kan. Nasib baik tak boleh. Suatu hari nanti tetap akan tau jugak kan, tapi mungkin bukan di didunia. Biarlah apa yang ada dalam hati ni jadi urusan antara aku dan Allah. :)

Hmm....aku dah merapu pagi2 ni. Lagi la sangat tak elok. Ok lah...out3.....

~VR~

Facebook Oh...Facebook...Goodbye...

Assalamualaikum again....

1:10a.m.
Aku masih tak boleh tido. Tiba2 aku terfikir plak nak buat satu lagi entry. Mungkin entry ni agak sensitif kot bagi sesetengah orang. Berkenaan FACEBOOK.....

Sekarang ni orang makan facebook, nak tido pun fcebook dulu jap, gadoh facebook, couple pun dalam facebook, break cerai berai pun ada yang guna facebook. Hebat kan penangan facebook ni? Patut la Mark tu kaya raya je dok rumah goyang kaki.

Hmm...aku buat entry ni bkn nak cakap pasal fakta ke apa. Just nak baggi tau je apa yang aku rasa n apa yang aku alami kat facebook. Aku ni pun dulu pengguna tegar facebook. Tapi lepas beberapa kejadian,dari dulu sampai sekarang, aku jadi tawar hati kat facebook. Kalau tak kerana page cupcake aku tu, lama dah aku DEACTIVATE facebook aku tu.

Aku tau, aku pernah cakap "facebook is just facebook". hmm, kononnya x campo adok ngan kehidupan sebenar la kan. Tapi...tu la, manusia tetap manusia. ignore...ignore...ignore, tak leh gak, last2 memang campo adok gak. Tak de la sampai tak waras, cuma agak terasa la sikit.

Kadang2 apa yang aku tengok kat facebook, tak seperti yang aku harapkan, tak seperti yang aku nak. Kadang2 tu apa yang ada dalam facebook, makan hati la jugak baca. Hahahaha...(macam budak2 kan?) Tak tau la orang perasan ke tak aku rasa macam ni. Dulu pernah la terperasan sekali, tapi....emm....sama je kot aku tengok sekarang ni (uish..memang macam sakit hati nih,adoyai) Tak boleh dibiarkan....The best way, diam dan tengok je :) Ok2...

Memang facebook adalah sekadar facebook, kadang2 tu ada jugak benda serius dalam tu kan? Hmm....maafla kat sapa2 yang kalau ada terasa ngan entry aku ni. Aku cuma luah apa yang aku rasa, sebab kadang2 aku perhatikan je, aku interupt, aku tegur, masih benda yang sama jadi. Ni last cara aku nak luahkan. Tak dapat jugak..aku akan diam dan tengok je lepas ni :)

Adoyai...dah rasa bersalah la plak aku ni. Hmm...LEMAH!!! Maafkan aku, maaf sangat2. Tak de niat nak kecikkan hati sesapa pun, tak de niat nak buat siapa2 terasa, cuma luahan hati aku yang agak resah. Tak pe lah facebook, aku harap ko tenang la lepas ni. Mungkin aku tak kan jengok ko selalu dah, apa nak jadi dalam facebook tu, jadi lah. Aku dah lock apa yang patut, biar aku je post apa yang aku nak, bila2 masa aku nak.

Kali ni keputusan aku muktamad. Aku bukak facebook pun lepas ni untuk jengok page cupcake aku, that's all. Thank you facebook, sebab dulu ko la salah satu peneman masa susah senang aku. Cukup2 la dah....ko pun penat kan. Aku bagi ko rehat yang panjang kali ni. Aku tetap ada, memerhatikan semua.....

01:35a.m.

~THE END~

~VR~

Empty.............I Miss You

Assalamualaikum and hye to all....

11:49p.m.
I'm still out here, sitting at my balcony, alone...starring at the stars, the empty skies. Bertemankan lagu2 dari handphone...layan~ Kadang2 duduk sorang2 macam ni agak tenang jugak, kadang2 banyak berfikir. Macam tadi...baru je tadi, aku terlalu banyak berfikir, terlalu banyak persoalan dalam hati dan dalam fikiran aku. Padahal hampir semuanya dah ada jawapan. Ada la jugak yang belum dapat jawapan, mungkin belum masanya kot. Hmm...nak cakap melayan perasaan tu agak la, tapi tak sangat, hehe ;P Biasala manusia kan, sentiasa berfikir, ada perasaan jugak untuk merasa. Kalau bukan manusia normal, tak de la aku macam ni kan? :)


Malam ni aku tak de la idea sangat. Cuma aku terasa nak buat entry, nak lepak2 ngan blog aku malam ni, nak luah apa je yang terlintas kat dalam kepala ni. Agak lama la jugak kan aku tak mengadu macam ni kat blog aku. Mesti blog aku tertanya2 pasal aku.

Dear blog....
I will never ever forget about you. You want to know why? Because....you're always there. always here whenever i am happy or sad. I tell you everything about my life. If you're not here, I don't know how i'm gonna handle things in my heart. Thank you my dear blog :)

Walaupun tak semua aku luah kat sini, sekurang-kurangnya aku rasa lega lepas luah kat sini. Ada jugak peneman aku masa aku sunyi kan, masa aku perlukan masa sorang2. Aku tau aku ada keluarga, aku ada kawan2 untuk aku luah semuanya, aku ada si dia jugak...tapi tak sama kan?Kadang2 apa yang aku tak boleh nak luah depan dorang, aku boleh luah kat blog ni. Walaupun agak tersirat la ayat dia. Hehehe, seperti biasa la kan, permainan minda dan perasaan.

Nak tau tak aku dengar lagu apa sekarang? Haa...aku tengah dengar lagu Lenka-Blinded by Love. Best lirik dia, korang dengar betul2 lirik dia...Haish, memang melayan perasaan aku malam ni kan. ;)

12:04a.m
Aku masih kat balkoni luar bilik aku. Dengar lagu Bruno Mars-Long Distance plak. Aku tak bleh nak tido sebenarnya. Sebab tadi dah terlelap awal tambah plak banyak berfikir. Memang kombinasi yang sangat bagus lah.

Korang tak tertanya2 ke, kenapa aku suka sangat taip panjang2? Hehehe, agak2 memang ada la jugak tertanya2 kan? Ok lah, aku bagi tau kenapa. Hmmm...bukan aku nak sangat pun taip panjang2, cuma kadang2 masa dan keadaan otak aku tak menentu, ada je idea keluar membuak2. Macam sekarang ni la. Lagipun dulu, aku memang suka menulis, kalau korang tengok kat facebook aku pun kat bahagian NOTES, memang banyak yang aku dah taip. Ada jugak yang aku dah delete. Kebanyakannya pasal pengalaman hidup aku, kat mana aku masa tu, luahan hati aku, kadang2 tu poem...

Nak cakap aku ni minah jiwang, hmm...mustahil la kat hati sanubari setiap manusia tak de tersentuh langsung kan? Bezanya cuma macam mana manusia kawal perasaan dorang. Macam aku cakap sebelum ni kan, medium untuk meluah sangat la bnyak. Untuk aku, ni la salah satu cara aku. Korang pun boleh buat benda yang sama. Terpulang kepada diri masing2 je. :)

Aiyark..lagu Maher Zain plak dah :) Always Be There...Alhamdulillah, dalam jiwa kacau aku, aku masih sedar ada Dia sentiasa bersama kita. Dia sentiasa ada untuk kita bila2 masa je susah atau senang. Cuma kita je sebagai manusia tak sedar semua tu. Betul tak? :) Yup...manusia cepat lupa, termasuklah aku. Aku juga tak sempurna. Kadang2 aku leka, lalai dalam dunia aku sendiri. Entah bila nak berubah pun aku tak tau :P heheh. Terasa la jugak bila mengenang diri ni tersangat la kosong, macam tak ada arah tujuan, macam masih tercari2. Salah diri sendiri jugak, tak ikut apa yang sepatutnya. Hmm....InsyaAllah suatu hari nanti jiwa aku tak kan sekosong macam sekarang ni. InsyaAllah aku cuba perlahan2 untuk berubah untuk jadi diri aku yang lebih baik.

:'(

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku ada segalanya, tapi aku juga manusia biasa. Aku masih perlukan kasih sayang dari orang2 yang aku sayang kat sekeliling aku. Apa yang aku dapat selama ni bukannya tak cukup, memang cukup, lengkap. Tapi.....dalam hati, terasa kosong.

Aku masih ada mak, ayah, adik beradik, kawan2 dan si dia, tapi......masih ada sikit ruang yang macam tak terisi lagi. Ya Allah...tunjukkanlah kepadaku jalan menuju Rahmat-Mu. Aku rindu..................................... Betul kan apa yang orang bagi tau selama ni? Kerinduan kepada manusia datang dan pergi, tapi bila rindu pada Pencipta......Subhanallah....terasa ada satu perasaan yang sangat kosong jauh di dalam hati.

Manusia...hmm....dah lah, rasa nak nangis dah plak. Cukup lah. Dalam sedar tak sedar, memang masih banyak kekurangan pada diri aku.

Ya Allah...aku rindu....Aku rindu si dia...Aku rindu kepada-Mu....
Ya Allah..hanya Kau yang tahu apa yang tersurat dan tersirat di dalam hatiku selama ini. Maafkan aku kerana terlalu lalai, maafkan aku kerana mengabaikan apa yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah...jika ini caraMu untuk menyedarkan aku, bantulah aku, tunjukkanlah kepadaku jalanMu.





Ya Allah........................................

12:56a.m :'(
~VR~

Monday, July 4, 2011

Cubaan dan Dugaan

Assalamualaikum....and hye there...

Lama aku cari ayat nak sambung balik cerita aku yang lepas. Tapi tak jumpa2 ayat yang sesuai. Jadi aku ambek keputusan untuk cari plak cerita lain untuk aku story kat korang. Korang tak kisah kan? Kalau tak kisah, ok la. Kalau kisah, maaf sangat2 la ye :)

Kali ni aku story je ape yang terlintas kat kepala otak aku ni.

Aku terperasan semenjak kebelakangan ni aku banyak emosi. Aku tau, mungkin orang sekeliling muak dengan keadaan aku yang selalu sangat emosi macam ni. Tapi nak buat macam mana kan, terlampau banyak berfikir, terlampau banyak gangguan. Aku tau banyak lagi orang yang ada masalah lebih teruk dari aku. Hmmm...nak cakap aku emosi sebab ada masalah, tak la jugak, hehe...cuma gangguan fikiran sikit2 je.

Sekarang ni aku bahagia dengan hidup aku. Dengan family, dgn si dia, n dgn G. Aku bersyukur si dia n G ada masa aku susah n senang.Korang mungkin masih tertanya2 apa sebenarnya cerita disebalik aku, si dia n G. Si dia dan G sangat2 special bagi aku. Walaupun orang kutuk aku macam2, cuma aku yang tau apa kata hati aku.



Seseorang pernah bagi tau aku...."kenapa ko bodoh sangat nak kat laki tu sdangkan ko tau dia ada rasa sayang kat org lain jugak?", "ko ni macam dah tak ada laki lain dah ke kat dunia ni sampai ko sanggup kongsi kasih?", "apa yang ada pada dia sampai ko sanggup buat macam ni?", "aku tak nak ko kene main ngan laki tu"....ni la antara kata2 dari seseorang untuk aku dulu. Kata2 dari seorang lelaki kepada aku seorang perempuan. Hmmm....


Orang cakap aku bodoh ke apa, tak pe, aku terima walaupaun agak down, apa yang terjadi, cuma aku, si dia, G n Yang Maha Mengetahui je tau. Apa yang aku rasa cuma aku dan Allah S.W.T je yang tau. Cukup kan? :) Tak perlu orang lain untuk masuk campur dan buat keputusan untuk aku.

Memang orang akan fikir benda ni GILA, BODOH.....tapi seperti orang lain fikir jugak, soal hati dan perasaan memang tak boleh nak jangka, tak boleh nak dibaca dengan mudah. Soal hati dan perasaan memang sesuatu yang misteri Allah kurniakan kepada manusia. Terpulang kepada manusia untuk mengawal perasaan masing2. Soal jodoh pun kita tak boeh nak tolak kan, tak boleh jugak untuk dipertikaikan. Semuanya kerja Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang dan jalankan apa yang patut untuk berusaha kekalkan apa yang ada.

Tipu kalau aku cakap aku tak terluka atau tak ada effect apa2 pun masa mula2 semua ni terjadi. Aku cuma manusia biasa dan tetap manusia biasa hingga akhir zaman. Dalam banyak2 lelaki, aku cuma tengok si dia, dalam banyak2 orang, aku cuma pilih si dia. Setelah sekian lama aku tutup hati aku untuk ada apa2 hubungan dengan mana2 lelaki, tapi dengan si dia, aku boleh lembutkan hati aku untuk biarkan dia masuk dalam hidup aku. Aku tak tau kenapa atau macam mana aku boleh tertarik dengan si dia. Korang nak cakap aku tertarik dengan rupa si dia? hmmm...aku mengaku si dia memang ada rupa yang boleh tarik perhatian wanita lain, cuma bukan tu yang aku tengok pada si dia. Bukan itu yang buat aku tertarik..


Mula2 memang agak sakit untuk aku terima. Pernah jugak terfikir untuk berundur. Tapi bila difikir2 kan balik, aku dah lalui macam2 untuk sayangi si dia, apa2 yang si dia buat, aku terima....apa yang si dia lalui aku cuba untuk ada untuk dia tak kira masa susah dan senang. Sebab aku tau, dia cuba untuk jadi diri dia sendiri setelah sekian lama dia jadi orang lain untuk senangkan hati orang lain. Dari pertama kali aku kenal dia, aku dah set dengan sapa2 pun aku berkawan aku terima orang tu seadanya diri dia. Baik buruk diri dia, itu adalah diri dia yang sebenar. Lebih baik terima diri dia yang sebenar daripada terima orang yang hidup berpura2. Betul kan? Untuk tengok dia dan G happy, jadi apa salahnya aku kongsi rasa happy. Tak salah kan?

Aku fikir2 balik, soal jodoh semuanya di tangan Tuhan, aku terima semuanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas :) Aku beruntung mengenali si dia dan G. We are bestfriend and more..we are couple :) Bak kata si dia, tripod :P saling memerlukan antara satu sama lain. Sorang terluka, yang lain akan terasa.

Bercakap pulak soal hati dan perasaan, hati perempuan sememangnya lembut. Sekuat mana pun sorang perempuan tu, akan lemah jugak bila sampai soal hati. Tapi ingat, perempuan jugak boleh jadi kuat sebab hal tu. Soal cemburu ke, kecik hati ke, tu biasa la kan. Lelaki ke, perempuan ke, sama je. Kadang2 boleh cemburu jugak. Cuma cemburu tu masih boleh dikawal, tak sampai kepada perasaan untuk membenci. Bila ada apa2 hal, semuanya kitorang bawak berbincang.

Apa yang aku bagi tau kat atas ni tadi, aku tau G pun ada rasa yang sama. Terluka, kemudian menerima dan kemudian happy dengan apa yang ada. Betul tak G? :D

Hmm... 3:06p.m kat sini hujan, macam tau2 je kan hati aku pun tengah menangis.... :) tak pe hujan, ko wakilkan aku k, hihi.



Orang nak cakap apa pun tentang kami, cakap lah. Kami tak ganggu orang lain. Kami dengan hidup kami sendiri. Kami bahagia sekarang, jadi orang lain tak boleh nak kata apa, just diam dan tengok je k :)

Apa yang aku cerita ni mungkin tak seteruk dari masalah orang lain, tapi cukupla setakat ni aku nak story kat korang. Yang selebihnya, biar aku simpan sendiri :) Kepada orang2 yang cuba racun fikiran aku atau si dia atau G, tolongla berhenti buat semua tu. Get your own life. Yang lepas biarkan lepas, tak guna dah nak ingat2. Go on n be happy.

Aku bahagia sekarang, dan aku tak de fikirkan yang lain lagi. cuma si dia dalam hati ni.Begitu jugak dengan G.



Hmmm..panjang la plak cerita aku kan? Maaf la ye, tengah jiwa kacau, biasa la macam ni :) Harap korang enjoy ngan cerita aku ni. Lain masa aku sambung lagi. Maaf jugak kalau aku ni sentiasa buat entry yg sedih2. Okay lah, cukup....bye for now...

~VR~ with love...