Friday, May 6, 2011

Just for Mama.....

Assalamualaikum.......

Entry kali ni aku buat khas untuk ibu aku, sempena Hari Ibu pada 8 May ni.


Macam mana aku nak mulakan ek? emm...ok. Kita semua ada ibu kan? ada juga antara kita yang dah kehilangan ibu. Sapa2 yang masih ada ibu kira beruntung sebab masih boleh berbakti untuk ibu. Jangan sekali2 sia2kan peluang yang Allah dah beri. Kita hidup di dunia tak lama, semuanya sementara, bila2 je Allah boleh tarik balik. Jadi gunakanla masa ni sebaik mungkin.

Okay...ibu aku, aku panggil mak. Tak de yang special pasal dia, bukan Datin, bukan Puan Sri, dia cuma insan biasa yang bergelar mak kepada aku dan adik beradik aku yang lain. Dia special di mata kitorang. hmm....dia seorang guru di salah sebuah sekolah di Sarawak. Setiap hari dia akan balik kepenatan. Maka di sini letaknya tanggungjawab aku untuk tolong dia uruskan rumah.

Manusia kadang2 ada jugak buat silap kan, tak selalunya betul. Setiap khilaf yang kita lakukan adalah untuk menyedarkan kita dan untuk menjadi diri yang lebih baik. Begitu juga aku, pernah buat silap pada diri sendiri, pada ibu aku. Aku tak nak semuanya berulang lagi.


To my mom....
I know the word "sorry" is not enough for you. All you need is love from us, your daughter and son. So do us, mom....i know, maybe it seems awkward for us, but please...let us try, and for you too, please try. I need my mom back...

Aku teringin...teringin sangat nak pelok mak, nak bercerita ngan dia pasal ape je yang jadi dalam hidup aku, nak tido kat riba dia, nak gelak2 dengan dia, nak makan masakan dia lagi. Tapi...... Mak, i miss you so much n  i love you very much.

Kalau semua ni terjadi, aku nak cerita kat mak aku yang aku sayangkan dia, aku nak cerita kat mak yang aku sayangkan seseorang. Aku tau mak tau, tapi kan seronok kalau betul2 boleh sama2 bercerita. :) hmmm.....sekali lagi aku hilang kata2, aku tak tau nak guna ayat apa. Semuanya ada dalam hati ni, masih tetap tersimpan. Bukan dendam, bukan amarah, tapi sayang...yang aku tak dapat nak luahkan.


Tak pe lah... cukup la sampai sini :'( papepun kepada mak....

Mak...sebelum tok ina ada rasa nak ucap selamat hari ibu ngan mak, tapi sik kesampaian, kad pun ada nak berik, tapi sik terberik, sms sik tersend, hadiah sik terberik :'( bila semua ya dah sik terpolah, ina cuma dapat hadiahkan doa jak untuk mak. Ya cukup kan mak? :) Ina mok mintak maaf untuk semua kesalahan yang ina dah polah atau tengah polah tapi ina sik sedar. Ina mintak maaf juak mun ina selalu gilak kecikkan hati mak. Ina sayang mak glak, cuma terasa kekok nak luah depan mak. Mak...mun suatu hari lak ina tiba2 pelok mak, jangan polah muka pelik k, huhuhu..sedih eh. Rindu mok guro2 ngan mak gik. Ina mok cerita semua ngan mak. Boleh? huhuhu.....Ina mintak maaf banyak2 k, halalkan makan minum ina, halalkan susu yang ina minum selamak tok dari mak. :'( Ina harap mak panjang umo n murah rezeki selalu. Terima Kasih banyak2 mak sebab jaga ina dari kecik sampei besar tok. Selamat Hari Ibu........





Cukup la...aku dah tak tahan :'( Untuk semua ibu2 kat luar tu...Selamat Hari Ibu jugak.....I love you mom...


~VR~

0 comments:

Post a Comment