Tuesday, August 23, 2011

Aku, Dia, Kamu dan Awak.........

Assalamualaikum.....n hye to all

Lama dah aku tak ada idea punya banyak macam ni. Hari ini tiba2 aku rasa nak tulis sesuatu. Walaupun aku selalu kehilangan kata2, aku cuba jugak untuk luahkan...Boleh kan?

Tujuan aku tulis semua ni bukan nak aibkan sesape, bukan nak bukak pekung di dada atau apa pun, hmm...aku cuma luahkan sesuatu yang aku sendiri tak boleh nak cerita kat org lain. Sebab kadang2 aku kehilangan kata2, jadi mungkin penulisan aku ni boleh membantu sikit.

Korang tau kan, sepanjang aku kat blog ni aku asyik cerita pasal hati dan perasaan. Aku tau korang mesti bosan, n mungkin ada yang tak. Maaf sesangat kalau membosankan, sebab tu je la yg aku tau. Hati dan perasaan....Seperti yang aku bagitau kat facebook aku. Aku tak suka mempunyai 'sense' yang sangat kuat. Tambah2 bila 'sense' tu terjadi betul2. Kalau rasa sikit2 tak pe la kan, ni terlampau kuat. Kalau nak dinilai guna nmbor...'sense' aku ni kadang2 80% betul. haaa, maunye tak kuat mcm tu? adoi2....

Sekarang ni aku melalui satu fasa penyesuaian diri balik dengan keadaan sekeliling. Aku nak aku yang dulu. Sedikit demi sedikit, aku dapat balik, Alhamdulillah. Aku buat untuk aku sendiri dan untuk kebaikan orang sekeliling. InsyaAllah, kalau tak de yang mengganggu, aku mmg mcm ni.

Aku, dia dan dia, semuanya baek2 je. Masih macam dulu. Aku masih sayang dia sama macam aku sayang dia mula2 aku kenal dia, seadanya. Walaupun banyak masalah yang datang, Alhamdulillah aku mampu bertahan. Walaupun kadang2 rasa teramat down, aku bersyukur dengan kekuatan yang diberikan. Tipu kalau aku cakap aku kuat untuk hadapi semuanya, mmg tipu. Semuanya bergantung jugak dengan sekeliling....dan dia. Dia kuat, aku kuat. Dia down, aku cuba kuatkan.

Hidup cuma sekali, aku kena hargai orang2 yang ada bersama dengan aku. Aku tak nak menyesal di kemudian hari.

Hidup berteman pun kena banyak tolak ansur. Masing2 kena faham keadaan masing2. Semuanya tak semudah yang disangkakan. Disebalik kegembiraan ada kesedihan, ada tekanan, ada masalahnya. Manusia tak pernah lepas dari semua tu kan? Sama seperti aku, dia dan dia. Kadang2 keadaan tegang, tapi masih boleh dibawak berbincang. Kalau boleh aku tak nak gaduh2. Aku tak nak dah lalui semua yang dulu aku pernah lalui. Sakit sangat. Tapi kalau dah nak jadi gaduh tu memamng jadi jugak kan? Tak da siapa boleh halang. Cuma aku harap kalau gaduh tu, tak de la sampai teruk sangat. Biar semuanya dalam fikiran yang waras.

Jodoh, pertemuan, perpisahan.....tu semua Allah yang tentukan kan? Kita sebagai manusia cuma merancang. Aku tau semua tu, tapi tak salah kan kalau kita usahakan apa yang kita ada sekarang dan cuba untuk pertahankan semuanya. tak salah kan? Aku cuba untuk gembirakan hati dia, cuba untuk tak buat dia marah or kecewa. Tak semua yang kita boleh kawal dalam hidup ni. Kadang2 ada jugak yang berada di luar kawalan kita. Hmmm.....terpulang la kepada diri kita sendiri, tepuk dada tanya hati dan fikirkan. Apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup kita.

Seperti sekarang....aku tau apa yang sedang berlaku. Aku faham apa yang orang rasa. Trust me, i have been in the worst situation before. Aku tak mampu nak kawal perasaan manusia, untuk menyayangi, untuk mencintai. Aku tak pernah halang siapa2 untuk berkawan. Aku faham.....Aku letakkan kepercayaan. Aku tak tau apa rancangan Dia jadikan semua hal ni berlaku. Mungkin untuk menguji kesabaran hamba2 Nya. Aku pun tak tau. Ya Allah, selagi Kau mampu kuatkan hati aku, kuatkanlah, waraskan pemikiran aku, matangkan tindakan aku, bukakan hati aku untuk hadapi semua ni.

Aku lihat, diam dan dengar......aku di uji. Terima kasih Ya Allah atas semua ujian yang Kau berikan. Hati aku semakin kuat untuk diriMu dan si dia. Semua kekeliruan yang berlaku ada jawapan.

Kepada seseorang di luar sana. Aku faham apa yang kau rasakan, kehilangan, putus harapan. Tapi percayalah, ada yang lebih baik menanti kamu di luar sana. Mungkin sekarang kamu hanya nampak dia, kerana hati kamu hanya membenarkan dia masuk. Berilah peluang kepada yang lain. Jangan tutup hatimu, kerana kita tak tau apa yang akan terjadi di masa hadapan. Jangan terlalu sayangkan seorang manusia hingga melebihi rasa cinta kita kepada Allah dan Rasul. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Ingat, kita ada pegangan, kita ada pedoman. Mungkin aku tak layak untuk menasihati, cuma itu yang termampu untuk aku buat. Seperti juga aku, aku melalui saat2 yang menyakitkan, aku berfikir, dan aku sampai ke tahap ini. Dulu mungkin aku seperti kamu, bermati-matian mencintai seseorang, terlalu sakit untuk aku hadapi semua tu. Bila aku diberikan peluang, aku cuba perbaiki semua yang ada pada diri ni. Terima seadanya, bersyukur dengan apa yang ada. Kalau dulu harapan aku setinggi gunung, aku kurangkan. Aku letakkan harapan setinggi bukit. Sebab?

Supaya orang yang bersama dengan aku sedikit demi sedikit dia boleh buat bukit menjadi seperti gunung yang pernah aku atau dia impikan. Aku inginkan dia mengisi kekosongan aku sebagai manusia, dan mengisi kekosongan aku untuk ke jalan-Nya. Aku tau kau boleh hadapi semua ni, kuatkan hati dan fikiran. Mungkin sekarang masa aku, kita tak pernah tau mungkin dimasa hadapan adalah masa untuk kamu. Walaupun sakit, kita harus teruskan jugak.

Si dia.....yup, dia faham apa yang kamu rasa. Dia cuma inginkan yang terbaik. Supaya kamu tak merasakan kesakitan kerana dia. Mulut kamu mengatakan tidak, tapi tindak balas tubuh badan kamu mengatakan ya. Tubuh badan kita tak kan menipu. Aku tak layak untuk memperkatakan mengenai isi hati si dia, kerana hanya dia sendiri yang mengetahui. Aku cuma memerhatikan dan mentafsir apa yang aku lihat, dengar dan rasa. Maaf kalau apa yang aku tafsir kebetulan betul. Aku tau kedua2 nya melalui masa yang sukar, begitu juga aku. Terpulang kepada diri kita bagaimana untuk tangani semua tu kan.

Tolong...bangun balik dari jatuh. Senyum balik dari kesedihan. Aku tau kau boleh, aku tau kau mampu. Aku sayangkan persahabatan kita. Please be ok dear.

Kepada si dia.....aku tau kau juga merasakan kesusahannya, tapi be strong sayang. Aku sentiasa ada di sini untuk kamu, susah atau senang. Belajar dari apa yang telah terjadi. Mungkin ada kekosongan dalam hatimu yang aku terlepas pandang yang aku tak mampu nak isi hinggakan semua ni terjadi. Tapi aku akan cuba isi balik aku akan usahakan. Aku masih seperti dulu, masih sayang dan menerima kamu seadanya diri kamu. Aku harap kamu juga begitu, masih menerima aku seadanya diri aku. Slowly aku cuba perbaiki kekurangan yang ada pada diri aku. Bantu aku.....bagi tau aku sekiranya ada kekurangan bagi tau aku juga sekiranya ada yang terlebih. You can share everything with me...Semoga semuanya mematangkan diri kita. Aku cuba bantu setakat yang boleh. I will always be right beside you. InsyaAllah.

Maafkan aku sekiranya aku terlalu lancang berkata2. Aku cuma meluahkan apa yang aku tak mampu luahkan semasa bercakap. Selebihnya, apa yang ada dalam hati ni, biar Allah yang melihat dan mendengar. Aku tak ada kekuatan untuk meluahkan yang selebihnya. Maaf kalau ada perkara yang aku tertinggal nak bagi tau. Sekali lagi aku kehilangan kata-kata. Hmmm...manusia...

Aku sayangkan si dia dan G........aku tak kan pernah lupa 2 orang yang sentiasa beri kekuatan pada aku. Aku juga sayangkan persahabatan dengan awak. Please be ok....Everything's gonna be okay.

Sekali lagi...kita sebagai manusia hanya mampu merancang, berdoa, berusaha dan tawakal. Segala apa yang terjadi hanya Dia yang Maha Mengetahui. Berikan aku kekuatan untuk hadapi hari2 seterusnya...InsyaAllah, Amin....

Assalamualaikum.......Smile again :)

~Khairinna~

0 comments:

Post a Comment