Wednesday, May 11, 2011

Aku, Dia dan Kamu......

Assalamulaikum n hye to all......

Jumpe lagi kita ek...hehe. Tak tau la, hari ni aku banyak kelapangan la plak, n bnyak bnda nak bagi tau.

Malam2 macam ni korang buat ape ek? tngok tv? koling2 ngan pakwe/makwe? sms? kluar dgn kawan2? tengok wayang? dok rumah? tido? hehehe...macam2 boleh buat malam2 macam ni kan.



Hmm..aku baru tertengok 1 drama melayu dalam tv tadi. Murah sangat dah nilai talak kan? murah sangat dah nilai sayang. Hehehe, tau tu drama je, tapi realiti pun memang berlaku jugak. Kalau dah tak suka, buat pe nikah? Saja suka2 nak main cerai2 ke? sebab dah ada org lain yang lagi vouge dari yang lama? amboih2...sesedap rasa je kan..Kalau dah tak suka jugak, nape nak cakap sayang? Saja suka2 nak buat hati orang sakit? amboih2....siku kang!!! (awan dania) Kejam kan manusia sekarang?

Manusia memang tak ada yang sempurna. Tapi untuk manusia mencapai kesempurnaan dalam erti kata pemahaman masing2, manusia kena banyak berdoa dan berusaha. Kalau tak, sampai bila2 la tak kan dapat apa2. Satu lagi, kalau dah tak dapat apa2 tu jangan plak putus asa, teruskan usaha dan doa. Kalau rasa semua tu sia2, teruskan je la hidup macam biasa. Kita hidup hanya sekali. Allah tak kan hidupkan seorang manusia untuk manusia tu sia2kan hidup dia. Semuanya ada sebab.

Pasal sayang.....berhati2 dalam soal hati dan perasaan. Kerana hati dan perasaan juga boleh membunuh. Ni aku cakap basic je k berdasarkan pengalaman aku jugak. Hmm...bila hati dah sayang, semua yang ada depan mata kita buat2 tak nampak. Tapi bila dah tak suka, tengok muka pun tak nak. Kerana hati dan perasaan manusia boleh jadi gila, hilang pedoman. Aku sentiasa teringat si dia cakap, bersederhana dalam setiap apa yang kita buat.

Memang betul, bersederhana + doa + usaha = best result. Hati dan perasaan jugak tak boleh dipaksa. Aku pernah hilang rasa sayang kat orang entah la untuk berapa lama. Tapi memang susah untuk aku terima orang lain. Aku takut hati aku sakit balik macam dulu, dituduh tanpa sebab, macam2 lagi la. Sejak daripada tu, aku kurang keyakinan diri, diam, murung.....

Tapi bila sampai suatu masa, tiba2 si dia muncul. Entah dari mana muncul pun aku tak tau. Mula2 kenal, memang niat cuma sekadar kawan. Tambah plak aku tau dia dah ada seseorang, jadi aku cuba bataskan diri jugak. Kawan dan kawan.....sampai satu hari tu, aku rasa ada kelainan bila dia ada dekat dengan aku. Aku selesa bila dia ada, tercari2 bila dia tak ada. Boleh dikatakan aku cuba nak dekati dia, dan aku rasa dia pun sama. Tapi aku nafikan........(tak nak fikir sangat).


Suatu hari.......mungkin masing2 dah tak boleh nak menipu perasaan masing2, semuanya terkeluar hari tu. Huhuhuhuhu..aku bersyukur sangat2 apa yang aku rasa, sama dengan apa yang dia rasa. Cukup la aku cerita sampai sini kan? Sekarang ni aku dan dia masih sama macam dulu :) Masing2 sayang....Aku bersyukur sangat Tuhan bukak hati keras aku ni untuk dia. Dia datang dengan menjadi diri sendiri, aku terima dia sebab dia dalah dia, aku sayang diri dia seadanya bukan paksaan.



Tak lupa jugak pada yang sorang lagi :) Aku tau si dia sayangkan dia jugak. Aku boleh tengok dari cara si dia, dari cara layanan si dia pada dia, aku nampak sayang tu. Cemburu? tipu kalau aku cakap aku tak cemburu, sedangkan para isteri Rasulullah S.A.W pun boleh cemburu. Memang ada sedikit rasa cemburu, tapi.....selagi dia boleh adil, berterus terang dengan aku, aku ok. Tak menjadi masalah pada diri aku. :) (bunyi macam dah kawen jek..hahahah) :P  Aku sayang dia sebab itu adalah diri dia. Luka boleh sembuh, apatah lagi luka dihati kan? Asal kena pada cara dia.

Cukup la aku cerita pasal diri aku. Apa yang aku nak highlight kat sini adalah sikap tolak ansur pada setiap pasangan, memahami, sayang, rindu, cemburu, marah, semuanya kena balance dan sederhana. Barula semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. :)

Maaf kalau apa yang aku tulis ni ada buat hati sapa2 marah atau sakit atau sedih. Tak de niat nak buat macam tu. Aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa, dan luahkan apa yang terpendam walaupun tak semua. Aku mintak maaf banyak2 keyh. :(


Ayat yang si dia selalu guna kalau aku serabut ke apa ke.. " don't worry, everything's gonna be alright, InsyaAllah". thank you sayang for being there in my life, in my heart. Thank you for accepting me for what i am, thank you for loving me, thank you for giving me a chance to love you back. Thank you for everything, everything that i can't express through words. I'll be loving you for the rest of my life, you are precious to me.


Kepada dia....it's nice to know you dear, i am glad it's you. :) Mungkin orang lain akan fikir pelik2. Tapi, biarla apa orang nak cakap, yang tahu cuma kita. Hati dan perasaan memang tak boleh nak jangka kan? It's so special. Apa yang sedang telah jadi, sedang terjadi atau akan terjadi, kita berserah je pada-Nya. Cuma Dia tau apa yang terbaik untuk kita...


Ok lah..cukup sampai sini aku bebel...Mesti pening korang baca kan? Maaf sekali lagi :)

Selamat malam semua, selamat malam sayang, selamat malam dunia. Assalamualaikum....

~VR~ with love.....

0 comments:

Post a Comment