Monday, September 5, 2011

Segalanya di Hati.....

Assalamualaikum semua....


Aku kembali lagi :) Maafkan aku sebab lama tak jengok ko blog. Kitorang tengah sambut raya sekarang. Lepas sebulan berpuasa, Alhamdulillah jumpa lagi raya tahun ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. :)


Hari ni aku saja2 nak bercakap dengan ko. Mungkin tak ramai dh bukak blog aku, sebab cerita macam sama je. Aku  tau aku ni seorang yang membosankan, tapi ni la diri aku. Kenali diri aku seadanya, aku tak ada apa2 keistimewaan. Aku cuma insan biasa yang cuma punya hati dan perasaan :) Pertama sekali aku mintak maaf awal2 kalau apa yang aku tulis sebelum ni ada buat orang2 yg terdekat dengan aku sakit hati atau terasa. Aku tak terniat nak buat mcm tu. Kat sini semuanya luahan hati aku, luahan yang tak mampu aku nak keluarkan. Ni je cara aku selain meluahkan kat si dia.


Hmm...blog, hari ni aku tak tau la nak rasa apa. G macam tak de mood, dia macam tengah simpan sesuatu dalam hati (aku tengok fb dia). Emm..bila G macam tu, aku tau si dia risau. Huhuhu..risau plak tengok G n si dia mcm tu. Aku tak nak apa2 berlaku antara si dia dan G.


Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku cerita pasal aku dulu k :) sabar2.jap je.ehehe


Blog...kebelakangan ni kan, aku selalu sangat tak sedap hati, sampaikan si dia pun cakap dah selalu sangat. Aku tak suke la mcm ni, adoi. Emm..aku tak sedap hati pun mungkin sebab aku rindu kat si dia, sminggu berjauhan huhuh..Tak patut aku macam tu kan blog. Buat si dia risau je. ish3....aku ni..adoi. Aku tak nak si dia sentiasa risau, aku nak si dia sentiasa happy. Maafkan aku sayang.


Untuk si dia, sayang......maafkan aku untuk segalanya. Lepas ni aku cuba untuk tak rasa macam tu lagi. Cukup2 lah. Aku akan buat kau happy balik, tak de risau2. Aku nak kau pun sama k, kita sama2 usahakan semua ni. Bukan setakat kau dan aku je, tapi G jugak. Aku cuba kuatkan semangat untuk tempuhi semua dugaan. Aku tetap akan disisi...susah atau senang. Sayang, tolong...jangan fikir yang bukan2 k, tolong....jangan menjauh, tolong....sayangi aku seperti kebiasaannya, tolong.....sama2 kita berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Kita cuma manusia sayang, tak lepas dari mmbuat silap. Apa2 yang terjadi, terus-terang adalah yang terbaik. Mungkin aku tak boleh nak luuahkan berdepan, tapi baca la semuanya kat blog ni. Aku luahkan kat sini.


Aku tau soal jodoh bukan di tangan kita. Kita hanya manusia biasa yang mempunyai terlalu banyak kekurangan. Kita hanya merancang, berusaha, berdoa dan tawakkal. Selalu sangat dah aku cakap hal ni, adoi. ok2.. Niat atau tujuan aku tulis semua ni, atau apa2 yang aku cakap sebelum ni, bukan untuk menyekat, melarang, atau mengikat. Itu cuma nasihat dari aku untuk kamu, orang yang aku paling sayang, selepas keluarga aku. Maafkan aku kalau kau terasa atau kecik hati. Mungkin kamu juga mempunyai kesulitan, percaya pada aku, ceritakan kepada aku, aku cuba untuk jadi pendengar, pemberi semangat kepada kamu. Aku tak akan biarkan kamu sendiri lagi. Maafkan aku juga kalau kamu banyak terseksa kerana aku. Kamu juga manusia.


Hmm...aku rasa aku dah banyak sangat merapu. Aku tak nak dah sakitkan hati orang, terutamanya hati si dia. Cukuplah dengan apa yg pernah terjadi. Jadikan pengajaran. Aku bukan menyerahkan segalanya kepada kamu, kerana aku tahu semuanya milik Allah. Aku cuma ada sekeping hati yang mempunyai ruangan kosong untuk kau isi dengan kasih sayang. Aku buka hati ni untuk kamu, hanya kamu. Dekatkan aku dihati kamu, aku akan jaga seeloknya selagi hayat aku ada.


Dia...You...Si Dia...Awak...Sayang...Kamu....semuanya panggilan untuk kamu, hanya seorang... Abdul Khalid. Satu nama yang cukup bererti, pemberi semangat kepada aku. Maafkan aku sekiranya aku terlampau berterus terang mengenai kamu di dalam blog.


Kepada Miss N.....aku tau kamu menempuhi masa yang sukar dahulu. Aku faham perasaan yang kamu lalui, kehilangan insan yang tersayang. Aku juga pernah melaluinya. Aku tau, sukar untuk kamu berdiri semula dari semua yang dah terjadi. Kuatkan semangat. Jika mampu untuk kita perbetulkan semuanya, kita masih boleh berkawan :) percayalah, dahulu aku ikhlas untuk berkawan dengan kamu. Mungkin keadaan yang tidak membenarkan. Percaya juga, tak terniat di hati aku untuk merampas apa yang menjadi milikmu. Apa yang terjadi adalah ketentuan. Maafkan aku jika aku yang bersalah dan aku tidak membenci kamu. Segala yang berlaku kepada kamu atau aku, mungkin ada pengajaran atau hikmah disebaliknya. Bersabarlah dan kuatkan semangat...


Kepada Miss A...aku senang mengenali kamu. Maafkan aku andai kau terasa dengan apa yang aku buat atau tulis. Aku tau apa yang kau rasa, seperti yang aku katakan sebelum ini, aku pernah melaluinya. :) Kamu juga melalui masa yang sukar, masa yang menyakitkan untuk melalui semua ini. Aku juga harap kamu kuat, cekalkan hati dan bersabar. Kamu seperti adik, dan anggaplah aku seperti kakak. Aku sentiasa ada untuk masa senang dan susah :) InsyaAllah....Berdoa untuk yang terbaik di dalam hidup kita. Aku tak pernah membenci kamu, aku senang berkawan dengan kamu.


Kepada Miss G....kamu....aku bersyukur kerana mengenali kamu. Diperkenalkan kepada seseorang yang hampir sama dengan diri aku. Seperti cermin...Terima kasih kerana menerima aku disisi kamu dan si dia. Mungkin segalanya sukar, tapi kamu kuatkan semangat. Aku hargai segalanya, aku sayang kamu selagi hayat aku masih ada. Letakkan juga aku di sisi hati kamu dan si dia, aku akan jaga sebaiknya. Tolong jangan bersedih lagi, bila kamu sedih, si dia juga begitu, begitu juga aku. Kuatkan semangat untuk menempuhi semuanya dalam hidup kamu. Cekalkan hati. Bila terasa lemah, ada si dia dan aku untuk membantu. Yang paling penting, Tuhan....Dia sentiasa ada bersama kamu. Jika perlukan bahu untuk menangis, jika perlukan teman untuk masa2 suka...si dia dan aku sentiasa ada. Tolong...jangan pergi. Sejauh ini kita melangkah, sukar untuk berundur kembali atau berhenti. Aku perlukan kamu. Maafkan aku sekiranya kamu pernah terasa hati kerana aku.


Sekali lagi kepada si dia...bersyukur kerana mengenali kamu. Bukan tujuan aku menganggap kamu seperti malaikat, kerana kita manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan dan banyak kekurangan. Adanya aku di sisi, dan adanya G di sisi untuk membantu kamu mengharungi hidup yang sementara di dunia. Aku juga akan sentiasa ada untuk kamu di masa susah dan senang, sentiasa ingat yang aku sayang kamu kerana diri kamu. Maafkan aku kiranya aku terlalu banyak membuat kau terasa di hati. Aku juga cuma manusia biasa. Aku cuba perbetulkan semuanya. Seperti G, aku juga sayang kamu dan jangan pergi. Kerana kita dah melangkah sejauh ini, pertahankan semua ini dari bermacam2 cubaan dan dugaan. Jangan berhenti melangkah ke hadapan bersama aku dan G. Aku hargai kehadiran kamu dalam hidup aku. Cubaan, dugaan dan apa yang pernah terjadi sebelum ini, jadikan pengajaran yang berguna. Kuatkan semangat, cekalkan hati. Pengalaman mematangkan diri kita. Pengalaman juga banyak mengajar kita. Aku ingin kau gembira bersama aku, dan bersama G. Sama2 kita usaha untuk apa yang telah kita usahakan selama ini, untuk yg terbaik.


Sekali lagi...maafkan aku terlanjur kata di dalam luahan ini. Berterus terang lebih baik bagi aku daripada aku memendam perasaan, daripada aku menipu diri sendiri dan orang lain. Ketika ini mungkin aku menangis, mungkin esok aku gembira, sekurang-kurangnya aku rasa lega lepas luah semua ni. Maafkan aku jugak kalau aku banyak merapau atau ada yang tak faham dengan apa yang aku tulis. Soal hati dan perasaan, memang amat berat dan misteri. Segalanya sulit untuk difahami, sukar untuk cekal, hanya Allah yang tahu apa di dalamnya. InsyaAllah...aku berharap segalanya menjadi lebih baik lepas ni. Aku manusia yang sentiasa belajar sesuatu yang baru, belajar dari kesilapan lalu, begitu juga kamu semua.


Sehingga kita dipertemukan dalam keadaan yang baik....Jangan lupakan aku. Ingat...susah dan senang, aku sentiasa ada di sisi dan di hati. Tak tau nak cakap apa dah....benar kata orang, kata2 tak cukup untuk mengatakan dan menggambarkan perasaan yang ada,mungkin boleh dilakukan dari perbuatan. Cukuplah...aku tak mahu ada sesiapa lagi yang berkecil hati kerana aku. Maaf untuk semua...Ceriakan hati...kuatkan semangat :)


Assalamualaikum.....Aku cinta & sayang kamu dan kamu sepenuh hati.....


~Khairinna~









0 comments:

Post a Comment