Monday, July 4, 2011

Cubaan dan Dugaan

Assalamualaikum....and hye there...

Lama aku cari ayat nak sambung balik cerita aku yang lepas. Tapi tak jumpa2 ayat yang sesuai. Jadi aku ambek keputusan untuk cari plak cerita lain untuk aku story kat korang. Korang tak kisah kan? Kalau tak kisah, ok la. Kalau kisah, maaf sangat2 la ye :)

Kali ni aku story je ape yang terlintas kat kepala otak aku ni.

Aku terperasan semenjak kebelakangan ni aku banyak emosi. Aku tau, mungkin orang sekeliling muak dengan keadaan aku yang selalu sangat emosi macam ni. Tapi nak buat macam mana kan, terlampau banyak berfikir, terlampau banyak gangguan. Aku tau banyak lagi orang yang ada masalah lebih teruk dari aku. Hmmm...nak cakap aku emosi sebab ada masalah, tak la jugak, hehe...cuma gangguan fikiran sikit2 je.

Sekarang ni aku bahagia dengan hidup aku. Dengan family, dgn si dia, n dgn G. Aku bersyukur si dia n G ada masa aku susah n senang.Korang mungkin masih tertanya2 apa sebenarnya cerita disebalik aku, si dia n G. Si dia dan G sangat2 special bagi aku. Walaupun orang kutuk aku macam2, cuma aku yang tau apa kata hati aku.



Seseorang pernah bagi tau aku...."kenapa ko bodoh sangat nak kat laki tu sdangkan ko tau dia ada rasa sayang kat org lain jugak?", "ko ni macam dah tak ada laki lain dah ke kat dunia ni sampai ko sanggup kongsi kasih?", "apa yang ada pada dia sampai ko sanggup buat macam ni?", "aku tak nak ko kene main ngan laki tu"....ni la antara kata2 dari seseorang untuk aku dulu. Kata2 dari seorang lelaki kepada aku seorang perempuan. Hmmm....


Orang cakap aku bodoh ke apa, tak pe, aku terima walaupaun agak down, apa yang terjadi, cuma aku, si dia, G n Yang Maha Mengetahui je tau. Apa yang aku rasa cuma aku dan Allah S.W.T je yang tau. Cukup kan? :) Tak perlu orang lain untuk masuk campur dan buat keputusan untuk aku.

Memang orang akan fikir benda ni GILA, BODOH.....tapi seperti orang lain fikir jugak, soal hati dan perasaan memang tak boleh nak jangka, tak boleh nak dibaca dengan mudah. Soal hati dan perasaan memang sesuatu yang misteri Allah kurniakan kepada manusia. Terpulang kepada manusia untuk mengawal perasaan masing2. Soal jodoh pun kita tak boeh nak tolak kan, tak boleh jugak untuk dipertikaikan. Semuanya kerja Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang dan jalankan apa yang patut untuk berusaha kekalkan apa yang ada.

Tipu kalau aku cakap aku tak terluka atau tak ada effect apa2 pun masa mula2 semua ni terjadi. Aku cuma manusia biasa dan tetap manusia biasa hingga akhir zaman. Dalam banyak2 lelaki, aku cuma tengok si dia, dalam banyak2 orang, aku cuma pilih si dia. Setelah sekian lama aku tutup hati aku untuk ada apa2 hubungan dengan mana2 lelaki, tapi dengan si dia, aku boleh lembutkan hati aku untuk biarkan dia masuk dalam hidup aku. Aku tak tau kenapa atau macam mana aku boleh tertarik dengan si dia. Korang nak cakap aku tertarik dengan rupa si dia? hmmm...aku mengaku si dia memang ada rupa yang boleh tarik perhatian wanita lain, cuma bukan tu yang aku tengok pada si dia. Bukan itu yang buat aku tertarik..


Mula2 memang agak sakit untuk aku terima. Pernah jugak terfikir untuk berundur. Tapi bila difikir2 kan balik, aku dah lalui macam2 untuk sayangi si dia, apa2 yang si dia buat, aku terima....apa yang si dia lalui aku cuba untuk ada untuk dia tak kira masa susah dan senang. Sebab aku tau, dia cuba untuk jadi diri dia sendiri setelah sekian lama dia jadi orang lain untuk senangkan hati orang lain. Dari pertama kali aku kenal dia, aku dah set dengan sapa2 pun aku berkawan aku terima orang tu seadanya diri dia. Baik buruk diri dia, itu adalah diri dia yang sebenar. Lebih baik terima diri dia yang sebenar daripada terima orang yang hidup berpura2. Betul kan? Untuk tengok dia dan G happy, jadi apa salahnya aku kongsi rasa happy. Tak salah kan?

Aku fikir2 balik, soal jodoh semuanya di tangan Tuhan, aku terima semuanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas :) Aku beruntung mengenali si dia dan G. We are bestfriend and more..we are couple :) Bak kata si dia, tripod :P saling memerlukan antara satu sama lain. Sorang terluka, yang lain akan terasa.

Bercakap pulak soal hati dan perasaan, hati perempuan sememangnya lembut. Sekuat mana pun sorang perempuan tu, akan lemah jugak bila sampai soal hati. Tapi ingat, perempuan jugak boleh jadi kuat sebab hal tu. Soal cemburu ke, kecik hati ke, tu biasa la kan. Lelaki ke, perempuan ke, sama je. Kadang2 boleh cemburu jugak. Cuma cemburu tu masih boleh dikawal, tak sampai kepada perasaan untuk membenci. Bila ada apa2 hal, semuanya kitorang bawak berbincang.

Apa yang aku bagi tau kat atas ni tadi, aku tau G pun ada rasa yang sama. Terluka, kemudian menerima dan kemudian happy dengan apa yang ada. Betul tak G? :D

Hmm... 3:06p.m kat sini hujan, macam tau2 je kan hati aku pun tengah menangis.... :) tak pe hujan, ko wakilkan aku k, hihi.



Orang nak cakap apa pun tentang kami, cakap lah. Kami tak ganggu orang lain. Kami dengan hidup kami sendiri. Kami bahagia sekarang, jadi orang lain tak boleh nak kata apa, just diam dan tengok je k :)

Apa yang aku cerita ni mungkin tak seteruk dari masalah orang lain, tapi cukupla setakat ni aku nak story kat korang. Yang selebihnya, biar aku simpan sendiri :) Kepada orang2 yang cuba racun fikiran aku atau si dia atau G, tolongla berhenti buat semua tu. Get your own life. Yang lepas biarkan lepas, tak guna dah nak ingat2. Go on n be happy.

Aku bahagia sekarang, dan aku tak de fikirkan yang lain lagi. cuma si dia dalam hati ni.Begitu jugak dengan G.



Hmmm..panjang la plak cerita aku kan? Maaf la ye, tengah jiwa kacau, biasa la macam ni :) Harap korang enjoy ngan cerita aku ni. Lain masa aku sambung lagi. Maaf jugak kalau aku ni sentiasa buat entry yg sedih2. Okay lah, cukup....bye for now...

~VR~ with love...


0 comments:

Post a Comment