Thursday, April 28, 2011

Life...Dreams....& You.....

Assalamualaikum....and hye to all...

Jumpa lagi kite ek dalam bulan April, tak pe, ada lagi 2 hari nak masuk bulan May. Kali ni aku cerita je apa yang ada dalam hati aku ni. Kalau korang perasan, entry sebelum2 ni pun pasal kehidupan aku, apa yang aku alami. Memang tu pun tujuan blog ni wujud. Medium untuk aku meluahkan segala apa yang terjadi dalam kehidupan aku. Tapi tak semua la keyh, sikit2 je, kalau nak cerita semua mmg tak cukup page ni. Hmm..tak pe, apa yang ada pun dah cukup kan? :)

Seperti entry aku sebelum ni pasal April. Memang bulan April ni agak mencabar bagi aku, Allah turunkan ujian untuk aku satu persatu, dari segi mental, fizikal, emosi, hati, perasaa, rohani...semuanya. Selepas dilanda masalah aku demam yang korang leh cakap "ON" "OFF" atau sekejap baik, sekejap sakit. Aku pun tak tau kenapa, mungkin kerana macam2 tekanan atau masalah yang aku hadapi.


Aku dah tak teringat sejak bila aku hilang selera makan, sentiasa termenung, sampaikan berat aku turun 5kg dalam masa hanya beberapa hari. Sangat tak sihat kan? Mana la pegi semua zat2 aku tu. Sape amek? :'( Lepas demam plak, Allah turunkan dugaan lain utk aku, penyakit lama aku datang balik. Mungkin tak serius, tapi kalau tak jaga, akan menghala ke serius.

Setakat ni dah 2 kali aku pegi klinik, 1st followup ngan doctor, tetap keputusannya tak berubah. Terpaksa followup sekali lagi untuk kali ke 2 selepas 5 hari. Harap2 lepas tu nanti semuanya ok. Aku tak mampu dah nak makan ubat yang banyak :( sehari selepas followup tu, aku muntah2, pening....Tak tau la kenapa, mungkin effect untuk ubat yang aku makan. Masa tu aku sorang2 je kat rumah, Tuhan je tau apa aku rasa masa tu, menggeletar satu badan, lemah....tapi aku kuatkan jugak sebab aku tak nak mak ayah aku risau. Cukupla aku dah buat dorang susah dulu.

Disebabkan keadaan aku tu, keesokan harinya (iaitu hari ini, Khamis, 28 April 2011) aku demam. Yup....sekali lagi aku demam, tapi tak berapa nak terok sangat la. Siangnya badan panas, tapi aku lawankan jugak rasa sakit, sampai aku rasa berpeloh. Hmm...sekarang ni, rasa agak lemah la sebab memaksa badan ni mengerah tenaga. Tapi tak pe, asalkan aku sihat cepat. Aku tak nak sakit dah. :(

Semasa entry ni dibuat.....macam2 perkara yang singgah dalam fikiran aku.
"Kenapa jadi macam ni? sebab aku lalai ke? lalai terhadap diri aku n lalai dalam mengingati-Nya?"  Mungkin Dia nak aku sentiasa ingat Dia tak kira masa susah ataupun senang. Hmmm....mungkin betul aku terlalu leka. Bukan niat aku nak cakap bab agama, sebab aku tau diri aku juga banyak kekurangan. Mungkin ni peringatan buat aku daripada Dia.


Tak ketinggalan jugak aku tetap fikirkan dia. Apa khabar dia ek? sihat ke tak? Hmm...aku baru dapat tau yang dia demam. Harap2 cepat sihat keyh, rajin2 makan ubat(pandai2 nak nasihatkan orang heheh) Aku tau dia boleh jaga diri, cuma sebab sayang kan, ada la sikit kerisauan. Rindu sangat nak tengok dia, rindu sangat nak cakap aku sayang dia, rindu sangat nak cakap aku rindu dia. Rindu n ingat punya pasal sampai aku mimpi pasal dia dalam 2 hari ni.huhuhu...Apa mimpi tu?

Emm....mmpi 1st yang aku masih ingat, aku n dia ada kat satu tempat, semuanya hutan, tapi tmpat tu kat sini, Sarawak, tempat yang orang kenal, mungkin sebelum ni ada bangunan, tapi dah tak nampak. Masa tu tiba2 ada gegaran, dan aku nampak ombak yang tinggi nak sampai dah kat tempat aku. Orang2 lain dah lari, aku masih kat situ tengok. Kemudian aku rasa ada orang tarik tangan aku dan bawak aku ke tempat tinggi. Orang tu adalah dia. Kat tmpat tinggi tu kitorang tengok macam mana ombak musnahkan semua yang ada kat depan  dia, tanah dari dasar laut naik.....mimpi yang amat ngeri, tapi ada dia selamatkan aku, apa maksud mimpi tu? hmm.....

Okay mimpi 2nd iaitu malam semalam, aku mimpi kat rumah ni, pintu depan terbukak. Aku rasa masa tu aku duduk kat ruang tamu kot, tiba2 ada orang bagi salam, yang aku tengok orang tu adalah dia. Datang, masuk, n tiba2 cakap dia sayang aku..(rindu nak dgr btul2) heheh...trputus sampai situ je la mimpi aku. Yang ni plak, apa maksud mimpi ni? Hmmm..


Apepun dalam mimpi tu, apa yang terjadi kat realiti, aku berserah pada Allah. Segala yang buruk hanyalah dari kita, segala yang baik hanyalah daripada-Nya...Subhanallah....InsyaAllah semuanya akan okey. Amin.

Lebih2 la plak aku ni kan? hmm.....tapi tu la, aku betul2 sayang dia and i'll wait for him. Semoga suatu hari nanti semuanya akan okay, InsyaAllah...Amin.

Cukupla aku merapu kat sini, kene tido awal plak. Sekarang ni kena jaga kesihatan betul2. Sebelum tu, emm...terima kasih kat semua kawan2, mak, ayah yang doakan aku cepat sembuh dan ambek berat. Tak lupa jugak kat dia yang masih ambek berat kat aku n bagi semangat kat aku untuk cepat sembuh. Alhamdulillah Dia masih nak aku sedar, berkat sokongan, dorongan dan doa semua, aku masih kat sini. Sayang awak sangat2 :* Apa pun yang jadi, hati ni tetap kat dia... :) Semoga cepat sembuh jugak k sayang...muah.


Okay lah...cukup2...selamat malam semua, selamat malam sayang. i love you so much n i miss u like crazy :D Assalamualaikum..........

~VR~

0 comments:

Post a Comment