Saturday, October 2, 2010

Temuduga......

Ha...setelah berhempas pulas memikiokan ape nak d tulis, akhirnya dapat gak 1. Cian otak aku semalam kan, kene pakse brfikir. :'( ok2, hari ni aku nak cakap pasal temuduga atau dalam bahase omputihnye intebiu, cewah. aku rase skarang ni musim2 intebiu kot. sebab tengok2 kawan sana sini cakap ada intebiu kat sini2, gabra, tak tau nak jawab ape. hihihi...bukan dorang je rasa camtu, aku pun rasa gak.



Sebelum intebiu tu memang dah wat persiapan terbaik punye lah. carik sana sini maklumat, siap2 pakaian, kasut semua. memang tip top la. baca bagei nak terkeluar bijik mate. bila dah camtu, mule la gabra. terbayang dalam kepala "ape la soalan dorang nak tanye, entah dapat ke idok kroje ni, sape la jadi tukang tanye nanti"....macam2 lagi la.



Jeng3......tiba hari penentuan. pepagi dah bangun awal nak siap2 untuk intebiu. mana yang x sempat nak baca, kena baca masa on da way gi tempat intebiu. pakai baju bio kene ngan tujuan, macam kucing ni. smart tak?hihihi.....




sampai je kat tempat intebiu, mule la rasa kecut perut. time ni mesti ramai yang ada pengalaman kuar masuk tandas banyak kali. ahahahaha...mmg kecut. sorang2 nama kena panggil, lagi la kecut. terbayang2 muke tukang tanye tu, mesti garang2, budget best je. ;P mmg dorang best pown.





ahah....sampai dah giliran aku. tak cukup air liur aku baca doa2 penenang hati, penerang hati, selawat, semua la. uish, kaki ketaq2 dah ni. jantung dup dap dup dap...masuk je bilik tu semua tengok, perghhh angin sejuk menerpa, cewah. makin ketaq aku dorang wat camtu. aku cuba la berlagak biasa, senyum selagi boleh. duduk sopan2, masa ni kalau duduk tiba2 jatuh, malu aku.tak pe, kawal diri.






aku masuk2 je, sentap jantung aku. adoyai. 1 malaysia dalam bilik tu, plus extra. ada melayu, cina, india,bidayuh, n omputih. waduh2 camne ni. x pe, cool2. fuh2. cakap kena fully speaking nih. gabraaaaaa.... ok, soalan2 wajib masa intebiu :

  1. citer pasal diri sendiri
  2. dah kawen ke blom (ada kne mengena ke ek? hmmm..)
  3. datang sini dengan ape n sape
  4. dulu amik ape masa study, citer sket
  5. nape mintak keje ni
  6. ape kebolehan yang aku ade
  7. sanggup tak keje lbih mase
  8. memacam lagi la...

tp yang paling penting, sentiasa senyum....

cute tak? tq2...saya mmg cute ;P





dah la..tak mo citer psl tu dah. makin gabra plak. tapi kan, untuk setiap satu manusia kan, ada 1 intebiu yang mmg wajib dia amik. memang kene jawab. kalau x dapat jawab, nanti kene plangkong, haaa..bile kene plangkong, masuk api merakeeee (bak kata kuman ku2 dgn manjenye) ;)




masa ni dah tak de sape2 akan tolong.jawab la sorang2 berdasarkan amal ibadat kita kat dunia. soalan dia masa ni dh macam soalan bocor exam akhir. kite dah tau apa jawapannye, tinggal kite je mesti beringat. bnyak amal, dapat la jawab. tak beramal, pandai2 la. selepas bacaan Talqin, anak2, isteri/suami, saudara mara mula meninggalkan kawasan perkuburan. selepas 7 langkah, kita akan didatangi Malaikat Munkar & Nakir. siap sedialah kita untuk d intebiu. Soalan yang wajib ditanya beserta jawapan:






  1. Malaikat bertanya: Wahai Folan Bin Folan (Mayat), Siapakah TUHAN mu ?. jawapannye "Allah Tuhanku".

  2. Malaikat : Siapakah NABI mu ? jawapan: MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku.

  3. Malaikat : Apakah AGAMA mu ? jawapannye: ISLAM adalah AGAMA ku.

  4. Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu! jawapan: Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.

  5. Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ? jawapan: SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat.


ha...amacam.smua sudah terang lagi bersuluh. terpulang la pada kita sebagai umat untuk beramal kepadaNya memohon keampunan untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. (ingatan untuk aku gak ni). kita d dunia hanya sementara dan setiap manusia akan melaluui kematian. bersiap sedialah sebelum terlambat. Subhanallah......



aku rasa cukup la aku membebel. mata pun dah penat, tangan pun dh nak terkehel. time to sleep. adios amigos...jmpe lagi.

Assalamualaikum semua......

~~~~~~~~~~~~~~Roger & Out~~~~~~~~~~~~~~


Friday, October 1, 2010

Jiwa Kosong =(

Tup tap tup tap, mata kelip2 je bkn sebab tak leh tido, tapi kebosanan yang amat. 2 hari dah macam ni, tak de idea, tak tau nak wat ape, on tv pun tak tau nak tengok ape. Heish, memang mati bosan la macam ni.





Alkisah diberi ubat cabut lari..ubat batuk cap ibu dan anak yang diberi....Eh bukan, kisahnye semalam dari siang sampai la kemalam aku memang tak de buat pape. Siang macam biasa la siapkan keje2 rumah. Sampai la ke malam, mula la buat muka blur (-.-). Ke sana ke sini dalam rumah, tetap tak jumpa benda menarik. Last2 on fb sekejap, tu pun kepala dah mula buat hal. Tido la jawabnye. Fuh...memang best dapat tdo. Tapi lepas tu datang lagi 1 masalah baru plak. Aku ni, bila dah tido awal, maka secara automatiknya aku akan sedar balik tengah2 malam. Kompom tak leh nak tido balik. Untuk selesaikan masalah, ape aku buat? Main game? Oh tidak. Jalan2? Uish, cari pasal jalan2 tengah malam buta.



Jeng, jeng, jeng...aku menggapai2 meja sebelah aku, capai remote, on tv. hahahah...tekan info, bukak channel 413. Eeh...ada crita Pearl Harbour. Menarik gak ni kalau layan. Nasib baik citer tu best. Memang terkesan la dalam sanubari aku ni.



Citer ni antara Jepun ngan US masa nak mula Perang Dunia Ke-2. Sebelum masuk part perang2, yang menariknye kisah cinta 3 segi antara Capt. Rafe McCawley (Ben Affleck), Nurse Lt. Evelyn Johnson (Kate Beckinsale) & Capt. Danny Walker (Josh Hartnett). 2 lelaki ni rakan karib dari kecik, sama2 masuk tentera & masing2 saling menjaga antara 1 sama lain. Dua2 mencintai wanita yang sama, berlaku pergaduhan antara rakan karib tersebut. Tetapi disebabkan keadaan perang pada masa tu dan dengan pemikiran yang matang, lelaki2 tu boleh berbaik semula dan masing2 boleh menerima kenyataan. citer ringkas2 je la eh, kang terjangkit plak boring ;)


Pasal perang dia plak, memang tak dinafikan rancangan untuk menyerang Pearl Harbour adalah rancangan yang sangat teratur oleh Jepun. US sampai hari serangan tu pun tak sedar lagi. Perghhh..ngeri ah tengok . Serangan tu bermula pukul 7:53 pagi, 7 Disember 1941. Penyerang Kamikaze kat mana2, mayat rentung, lemas...masa ni kalau aku ada kat situ, rasanya memang tak gerak2 la kat mana2, tak pun dah .......................................... (faham2 la ye) :'(




Jepun musnahkan semua kapal2 perang yang berlabuh kat situ, semua lapangan terbang. Kapal yang US paling sayang sekali pun tenggelam jugak dan sekarang dibina memorial kat atas bangkai kapal yang tenggelam. Nama kapal tu USS Arizona.










Ada 1 dialog dalam citer ni yang wat aku rasa meremang (-.-') Adm. Isoroku Yamamoto (Mako) : "I fear all we have done is awakened a sleeping giant and filled him with terrible resolve" huhuhu...memang meremang sey, dengan muka ganas dia lagi.


Tapi tak kurang juga kata2 semangat dari President Franklin D. Roosevelt (Jon Voight). Emm..tapi bukan la kata2, lebih pada perbuatan. Dorang tengah cari idea nak wat serangan balas. Tapi tu la, anak2 buah dia cakap mustahil nak wat dengan keadaan macam tu (pape istilah tentera yang dorang cakap). Sekali presiden tu tiba2 diam & dia cuba berdiri (dia sebenarnye lumpuh disebabkan polio, lumpuh dari pinggang ke bawah). Last2 dia dapt gak berdiri dengan susah payahnye dan dengan coolnye dia cakap kat anak2 buah "Nothing is impossible" lebey kurang la dia cakap camtu, ahaks. ;)


Dah abes....pengajarannye:-
  1. Ape pun jenis masalah, leh bincang ape..
  2. Team work
  3. Perancangan yang baik
  4. Sentiasa bersemangat
  5. Rela berkorban demi agama & negara...
  6. Pakwe yang encem, awek yang cantik (ahaks, ni bukan)
  7. Keamanan
  8. Renung2kan lah....

Alamak...terpanjang plak aku tulis hari ni ek. Mesti bosan bace. tak pe la, janji aku dah lepaskan kebosanan yang membelenggu diri ini. wah!!...Dah la, cepat selamatkan mata korang..Tutup2.

~~~~~~~~~~~~Roger & Out~~~~~~~~~~~~