Saturday, July 9, 2011

Empty.............I Miss You

Assalamualaikum and hye to all....

11:49p.m.
I'm still out here, sitting at my balcony, alone...starring at the stars, the empty skies. Bertemankan lagu2 dari handphone...layan~ Kadang2 duduk sorang2 macam ni agak tenang jugak, kadang2 banyak berfikir. Macam tadi...baru je tadi, aku terlalu banyak berfikir, terlalu banyak persoalan dalam hati dan dalam fikiran aku. Padahal hampir semuanya dah ada jawapan. Ada la jugak yang belum dapat jawapan, mungkin belum masanya kot. Hmm...nak cakap melayan perasaan tu agak la, tapi tak sangat, hehe ;P Biasala manusia kan, sentiasa berfikir, ada perasaan jugak untuk merasa. Kalau bukan manusia normal, tak de la aku macam ni kan? :)


Malam ni aku tak de la idea sangat. Cuma aku terasa nak buat entry, nak lepak2 ngan blog aku malam ni, nak luah apa je yang terlintas kat dalam kepala ni. Agak lama la jugak kan aku tak mengadu macam ni kat blog aku. Mesti blog aku tertanya2 pasal aku.

Dear blog....
I will never ever forget about you. You want to know why? Because....you're always there. always here whenever i am happy or sad. I tell you everything about my life. If you're not here, I don't know how i'm gonna handle things in my heart. Thank you my dear blog :)

Walaupun tak semua aku luah kat sini, sekurang-kurangnya aku rasa lega lepas luah kat sini. Ada jugak peneman aku masa aku sunyi kan, masa aku perlukan masa sorang2. Aku tau aku ada keluarga, aku ada kawan2 untuk aku luah semuanya, aku ada si dia jugak...tapi tak sama kan?Kadang2 apa yang aku tak boleh nak luah depan dorang, aku boleh luah kat blog ni. Walaupun agak tersirat la ayat dia. Hehehe, seperti biasa la kan, permainan minda dan perasaan.

Nak tau tak aku dengar lagu apa sekarang? Haa...aku tengah dengar lagu Lenka-Blinded by Love. Best lirik dia, korang dengar betul2 lirik dia...Haish, memang melayan perasaan aku malam ni kan. ;)

12:04a.m
Aku masih kat balkoni luar bilik aku. Dengar lagu Bruno Mars-Long Distance plak. Aku tak bleh nak tido sebenarnya. Sebab tadi dah terlelap awal tambah plak banyak berfikir. Memang kombinasi yang sangat bagus lah.

Korang tak tertanya2 ke, kenapa aku suka sangat taip panjang2? Hehehe, agak2 memang ada la jugak tertanya2 kan? Ok lah, aku bagi tau kenapa. Hmmm...bukan aku nak sangat pun taip panjang2, cuma kadang2 masa dan keadaan otak aku tak menentu, ada je idea keluar membuak2. Macam sekarang ni la. Lagipun dulu, aku memang suka menulis, kalau korang tengok kat facebook aku pun kat bahagian NOTES, memang banyak yang aku dah taip. Ada jugak yang aku dah delete. Kebanyakannya pasal pengalaman hidup aku, kat mana aku masa tu, luahan hati aku, kadang2 tu poem...

Nak cakap aku ni minah jiwang, hmm...mustahil la kat hati sanubari setiap manusia tak de tersentuh langsung kan? Bezanya cuma macam mana manusia kawal perasaan dorang. Macam aku cakap sebelum ni kan, medium untuk meluah sangat la bnyak. Untuk aku, ni la salah satu cara aku. Korang pun boleh buat benda yang sama. Terpulang kepada diri masing2 je. :)

Aiyark..lagu Maher Zain plak dah :) Always Be There...Alhamdulillah, dalam jiwa kacau aku, aku masih sedar ada Dia sentiasa bersama kita. Dia sentiasa ada untuk kita bila2 masa je susah atau senang. Cuma kita je sebagai manusia tak sedar semua tu. Betul tak? :) Yup...manusia cepat lupa, termasuklah aku. Aku juga tak sempurna. Kadang2 aku leka, lalai dalam dunia aku sendiri. Entah bila nak berubah pun aku tak tau :P heheh. Terasa la jugak bila mengenang diri ni tersangat la kosong, macam tak ada arah tujuan, macam masih tercari2. Salah diri sendiri jugak, tak ikut apa yang sepatutnya. Hmm....InsyaAllah suatu hari nanti jiwa aku tak kan sekosong macam sekarang ni. InsyaAllah aku cuba perlahan2 untuk berubah untuk jadi diri aku yang lebih baik.

:'(

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku ada segalanya, tapi aku juga manusia biasa. Aku masih perlukan kasih sayang dari orang2 yang aku sayang kat sekeliling aku. Apa yang aku dapat selama ni bukannya tak cukup, memang cukup, lengkap. Tapi.....dalam hati, terasa kosong.

Aku masih ada mak, ayah, adik beradik, kawan2 dan si dia, tapi......masih ada sikit ruang yang macam tak terisi lagi. Ya Allah...tunjukkanlah kepadaku jalan menuju Rahmat-Mu. Aku rindu..................................... Betul kan apa yang orang bagi tau selama ni? Kerinduan kepada manusia datang dan pergi, tapi bila rindu pada Pencipta......Subhanallah....terasa ada satu perasaan yang sangat kosong jauh di dalam hati.

Manusia...hmm....dah lah, rasa nak nangis dah plak. Cukup lah. Dalam sedar tak sedar, memang masih banyak kekurangan pada diri aku.

Ya Allah...aku rindu....Aku rindu si dia...Aku rindu kepada-Mu....
Ya Allah..hanya Kau yang tahu apa yang tersurat dan tersirat di dalam hatiku selama ini. Maafkan aku kerana terlalu lalai, maafkan aku kerana mengabaikan apa yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah...jika ini caraMu untuk menyedarkan aku, bantulah aku, tunjukkanlah kepadaku jalanMu.





Ya Allah........................................

12:56a.m :'(
~VR~

0 comments:

Post a Comment