Thursday, March 10, 2011

Interview, Cupcake dan Aku....

Assalamualaikum semua...............

Hari ni adalah hari yang agak mengecewakan jugak la bagi aku. Hmm...korang nak tau nape? Ok, aku citer satu2 keyh... Al-kisaaaaahhhhh............pada hari Rabu, 10 Mac 2011..........

Episod Interview

Sepatutnya hari ni aku kena pergi 2 interview, tapi tak boleh nak pegi pulak dah.

Kenapa? Sebab aku tak nak tak de transport nak gi :'( uwaaaaa....

Ok, interview yang pertama. Aku dapat call dari Mercu Nilam Sdn. Bhd. Tak jauh je dari rumah aku ni. Yang ni aku tak dapat nak pegi sebab ayah aku ada meeting pagi tu, so tak sempat la nak anta aku pegi interview pukul 10.30 pagi. Jadi, untuk tidak merugikan diri, aku beranikan la diri call manager tempat tu, cakap aku nak rearrange interview ngan dia. Wah2!!!!...blagak plak aku kan.hahahah...Tak pe, untuk kepentingan asa depan nih. :). Agak2 macam ni la kesopanan aku call dia tadi :

Aku: Assalamualaikum...boleh bercakap dengan incik "N"? (^_^)
Incik N: Waalaikumsalam. Ye bercakap.... (-_-) 
Aku: Alamak garang plak suara dia(dalam hati). Err..saya khairinna, yang sepatutnya interview dengan incik pagi ni. Tapi saya tak boleh nak pergi sebab tak de transport.
Incik N: Oooo...haah, awak. O, ye ke? tak pe.Kite tangguh ke esok je ok. Esok petang..
Aku: Ye ke incik? Ok..esok petang eh, pukul 2 ptang. :D Tme kasih incik
Incik N: Sama2




Fuh...!!! nasib baik incik tu baik punya olang..TQ Incik N (^_^)

Interview 1st setel, yang 2nd plak buat hal. Tengah aku sedap layan fb tadi, ada la dpt call dari OPI(lbih kurang mcm tu la), dorang tnye boleh datang awal tak sbb bos nak balik dah pukul 2. Hah!!!! aku punye la terkejut. Haish!!! Baik tak yah cakap ada 2 sesi semalam(dalam hati). Aku cakap la tak de orang nak anta aku masa ni. Cbe try tnye bos, bleh tak tunggu sampai pukul 2 petang?

Tunggu punye tunggu, dapat lagi call dari dorang, nak senang macam ni je lah:


OPI: Ni cik khairinna eh? ni dari OPI untuk interview hari ni..
Aku: Ye saye bercakap.
OPI: Cik, nak bagitau bad news la sikit. Bos tak boleh nak tunggu, sebab dorang dah nak balik pukul 2. Cik boleh datang sekarang tak?
Aku: Hah?? sekarang? tak boleh la sebab betul2 tak de orang nak anta.
OPI: Oh ye ke? camne ni ek?sebab bos tak nak tunggu dah.
Aku: Saye sorang ke lagi yang dia tunggu?
OPI: Haah, tadi ada calon lain. Kitorang dah call, so dia cakap dia tolak. jadi tinggal awak sorang je lagi. Macam mane?
Aku: Hmm..kalau bos dah tak boleh nak tunggu, tak pe lah. Mungkin bukan rezeki saya kali ni. :(
OPI: Ok, minta maaf ye cik.
Aku: Ok, tak pe. Tme kasih ye..

Hmm...macam tu la. Nasib baik yang call aku tadi friendly. Kalau tak dengan dia2 skali aku hambat. Haish... Sabar je la kan. Dugaan...Mungkin rezeki aku kat tempat lain :) Amin...

Episod Cupcake

Episod ni terjadi disebabkan aku yang kecewa tadi pasal interview tu. Lepas je frust, aku lepak2 dulu kat wall fb, lepas tu aku pegi dapo, carik incik2 cupcake yang chomel lotey...Ahaaahh..ade. Aku tenung dorang lama2. Aku ambik 2 bijik cupcake, ambik icing, lpas tu hias secukup rasa. Huh, puas hati aku dapat hias korang dua. Kan dah cantik... (^_^)


Orang cakap, kalau ada masalah atau hati tengah tak tenang, kita kena kembali pada-Nya. Tapi ada 1 lagi cara nak lepaskan tekanan, Buat sesuatu yang kita suka :D Jeng3, maka aku buat apa yang aku suka, buat cupcake dan hias. Memang betol la kan...buat dan hias cupcake adalah terapi yang terbaik bagi aku. Korang cube try. Ambik je resepi paling mudah. InsyaAllah semua tu akan buat korang semua tersenyum (^_^)


Aku buat tadi jadi 2 bijik je. Cukup la tu, kang tak de sape nak makan plak. huhuhu...Malam ni nanti ada plak order aku kena siapkan. Cupcake dah siap, tinggal nak hias je lagi. Ganbatte rina..!!! Aja2 fighting!!!

Episod Aku

Ape aku nak cakap tadi ek? Alamak lupe plak..Jap ek, aku ingat jap...jap...jap....jap eh.....sekejap la...sikit lagi....ok2..sampai dah

Aku mimpikan 2 ekor lipan pagi tadi. Sekor tu kecik, sekor lagi besar. Aku tak tau nape yang kecik asyik ikut aku, nak gigit aku, tapi aku masih boleh elak. Aku pulak macam syok je ikut yang besar. Haiya...aku ikut yang besar tu, dia lari. Lepas dia lari, aku kejar la, obses plak aku ngan lipan besar tu ek hahahah :P Bila rasa macam jaoh sikit, pandai pulak dia tunggu aku. Eh, pelik betol la. Sampai sekarang aku tak tau apa makna sebenar mimpi tu.


Ada beberapa orang kawan aku dan seorang kakak bagi tau, kalau mimpi binatang berbisa tu petanda yang tak elok. Hmm...percaya atau tidak, aku berserah je pada-Nya. Hanya dia yang tentukan segalanya, betol tak?

Ape pun yang jadi hari ni, aku pasrah n tawakal je. Aku terima sebaik mungkin dan jangan mudah putus asa. Aku hanya mampu doakan yang terbaik. Esok adalah hari baru, aku ada interview plak. Haaaa..aku akan buat sehabis baik. Takkan lepaskan peluang baik macam ni. Waaaa....semangat betol aku ni kan. Bagus3.


~THE END~

Ihik3....setakat tu je la aku nak bebelkan. Aku tau korang dari tadi dalam hati cakap, "dah la..dah la..tak tahan dah tengok ko bebel sorang2". Kih3...sape suruh korang nak jugak bace? hambek la ko. :P Hihi, tak de la, aku sayang korang semua sebab sudi baca blog aku. :) 


Kepada dia....I really love you so much. Can never let you go anymore. The more i know you, the more my heart feel the love. But don't worry..i will keep myself cool n steady :) :-*


Huish, ok2, dah2. Aku stop sini je. Tata...Doakan kejayaan aku esok..wah!!! :)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~* Roger & Out *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

1 comments:

meaw said...

hehe...mlm tok mimpi amek ahh~ XD

Post a Comment