Friday, October 1, 2010

Jiwa Kosong =(

Tup tap tup tap, mata kelip2 je bkn sebab tak leh tido, tapi kebosanan yang amat. 2 hari dah macam ni, tak de idea, tak tau nak wat ape, on tv pun tak tau nak tengok ape. Heish, memang mati bosan la macam ni.





Alkisah diberi ubat cabut lari..ubat batuk cap ibu dan anak yang diberi....Eh bukan, kisahnye semalam dari siang sampai la kemalam aku memang tak de buat pape. Siang macam biasa la siapkan keje2 rumah. Sampai la ke malam, mula la buat muka blur (-.-). Ke sana ke sini dalam rumah, tetap tak jumpa benda menarik. Last2 on fb sekejap, tu pun kepala dah mula buat hal. Tido la jawabnye. Fuh...memang best dapat tdo. Tapi lepas tu datang lagi 1 masalah baru plak. Aku ni, bila dah tido awal, maka secara automatiknya aku akan sedar balik tengah2 malam. Kompom tak leh nak tido balik. Untuk selesaikan masalah, ape aku buat? Main game? Oh tidak. Jalan2? Uish, cari pasal jalan2 tengah malam buta.



Jeng, jeng, jeng...aku menggapai2 meja sebelah aku, capai remote, on tv. hahahah...tekan info, bukak channel 413. Eeh...ada crita Pearl Harbour. Menarik gak ni kalau layan. Nasib baik citer tu best. Memang terkesan la dalam sanubari aku ni.



Citer ni antara Jepun ngan US masa nak mula Perang Dunia Ke-2. Sebelum masuk part perang2, yang menariknye kisah cinta 3 segi antara Capt. Rafe McCawley (Ben Affleck), Nurse Lt. Evelyn Johnson (Kate Beckinsale) & Capt. Danny Walker (Josh Hartnett). 2 lelaki ni rakan karib dari kecik, sama2 masuk tentera & masing2 saling menjaga antara 1 sama lain. Dua2 mencintai wanita yang sama, berlaku pergaduhan antara rakan karib tersebut. Tetapi disebabkan keadaan perang pada masa tu dan dengan pemikiran yang matang, lelaki2 tu boleh berbaik semula dan masing2 boleh menerima kenyataan. citer ringkas2 je la eh, kang terjangkit plak boring ;)


Pasal perang dia plak, memang tak dinafikan rancangan untuk menyerang Pearl Harbour adalah rancangan yang sangat teratur oleh Jepun. US sampai hari serangan tu pun tak sedar lagi. Perghhh..ngeri ah tengok . Serangan tu bermula pukul 7:53 pagi, 7 Disember 1941. Penyerang Kamikaze kat mana2, mayat rentung, lemas...masa ni kalau aku ada kat situ, rasanya memang tak gerak2 la kat mana2, tak pun dah .......................................... (faham2 la ye) :'(




Jepun musnahkan semua kapal2 perang yang berlabuh kat situ, semua lapangan terbang. Kapal yang US paling sayang sekali pun tenggelam jugak dan sekarang dibina memorial kat atas bangkai kapal yang tenggelam. Nama kapal tu USS Arizona.










Ada 1 dialog dalam citer ni yang wat aku rasa meremang (-.-') Adm. Isoroku Yamamoto (Mako) : "I fear all we have done is awakened a sleeping giant and filled him with terrible resolve" huhuhu...memang meremang sey, dengan muka ganas dia lagi.


Tapi tak kurang juga kata2 semangat dari President Franklin D. Roosevelt (Jon Voight). Emm..tapi bukan la kata2, lebih pada perbuatan. Dorang tengah cari idea nak wat serangan balas. Tapi tu la, anak2 buah dia cakap mustahil nak wat dengan keadaan macam tu (pape istilah tentera yang dorang cakap). Sekali presiden tu tiba2 diam & dia cuba berdiri (dia sebenarnye lumpuh disebabkan polio, lumpuh dari pinggang ke bawah). Last2 dia dapt gak berdiri dengan susah payahnye dan dengan coolnye dia cakap kat anak2 buah "Nothing is impossible" lebey kurang la dia cakap camtu, ahaks. ;)


Dah abes....pengajarannye:-
  1. Ape pun jenis masalah, leh bincang ape..
  2. Team work
  3. Perancangan yang baik
  4. Sentiasa bersemangat
  5. Rela berkorban demi agama & negara...
  6. Pakwe yang encem, awek yang cantik (ahaks, ni bukan)
  7. Keamanan
  8. Renung2kan lah....

Alamak...terpanjang plak aku tulis hari ni ek. Mesti bosan bace. tak pe la, janji aku dah lepaskan kebosanan yang membelenggu diri ini. wah!!...Dah la, cepat selamatkan mata korang..Tutup2.

~~~~~~~~~~~~Roger & Out~~~~~~~~~~~~

0 comments:

Post a Comment